Harian Metro

Peruntuk RM60 juta baik pulih pusat tahfiz

-

Kerajaan memperuntu­kkan RM60 juta untuk membaik-pulih pusat tahfiz di seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah itu membuktika­n kerajaan serius dalam pelaksanaa­n agenda Islam.

“Kami banyak buat agenda untuk Islam, hufaz profesiona­l sebanyak 125,000 kami nak lahirkan dalam masa lima tahun.

“Semalam, saya bincang dengan Naib Canselor UiTM (Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said), tahun ini UiTM menerima 500 pelajar dari tahfiz di seluruh negara sebagai permulaan.

“Selama ini, tahfiz terbiar agaknya, kami sudah adakan Dasar Tahfiz Negara buat kali pertama dan baru-baru ini kami sudah keluar peruntukan RM60 juta untuk baik pulih tahfiz yang daif di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucaptama sebelum melancarka­n UTC Terengganu di Paya Bunga Square di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Pertanian dan Sumber Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan barisan calon Barisan Nasional (BN) Terengganu bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mengulas lanjut, Najib berkata, kerajaan akan membina universiti al-Quran tidak lama lagi.

“Ini sebagai usaha kami memartabat­kan agama Islam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatk­an orang ramai supaya memilih kerajaan menerusi penilaian berasaskan fakta, bukan auta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia