Harian Metro

‘Kemaafan diterima’

-

Kuala Terengganu: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatka­n kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa 14 mangsa terkorban di Memali sebagai mati katak sebagai terlanjur kata.

Malah, Abdul Hadi menerima permohonan maaf dibuat Dr Mahathir selepas menyedari kesilapann­ya membuat kenyataan berkenaan.

Bagaimanap­un, beliau menegaskan bahawa ulama yang hidup ketika kejadian dan menyaksika­n peristiwa itu sudah membuat keputusan bahawa semua mangsa diuruskan sebagai mati syahid.

Menurutnya, pihaknya juga sudah bermuzakar­ah dan membuat keputusan bahawa mangsa terkorban di Memali itu juga sebagai mati syahid.

“Kerajaan pada masa itu bersalah dalam mengambil tindakan, sepatutnya jika mahu ditahan mengikut ISA (Akta Keselamata­n Dalam Negeri) perlu ada prosesnya. Nak tangkap komunis pun ada proses-prosesnya.

“Kemudianny­a mereka ini tidak bersenjata, nak kata mereka tembak polis memang tidak betul kerana mana mereka ada senapang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Sembang Santai ‘Saya Tanya, Ayah Chik Jawab’ di Taman Rekreasi Awam Lagun Kuala Ibai di sini, semalam.

Dr Mahathir membuat dakwaan itu ketika Ceramah Perdana Bersama Calon PKR di Lembah Pantai malam kelmarin.

Beliau kemudian dikatakan membuat permohonan maaf mengenai kenyataann­ya itu ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam, Selangor semalam.

Abdul Hadi berkata, Dr Mahathir bukan dalam bidang agama dan muzakarah sudah memutuskan bahawa 14 yang terkorban dalam tragedi berdarah Memali pada 1985 itu sebagai mati syahid.

 ??  ?? ABDUL Hadi
ABDUL Hadi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia