Harian Metro

HAK PILIH PEMIMPIN

-

 Gunakan pesta demokrasi lantik ketua jujur, berwibawa

atas dasar keadilan, syura, penjagaan hak serta kepatuhan terhadap syariat yang diturunkan Allah SWT.

Tidak salah mengambil faedah daripada sistem demokrasi melalui mekanisme, jaminan dan cara membangunk­an rakyat serta mengehadka­n kuasa pemerintah.

Namun, kita tidak patut menerima pengamalan demokrasi secara mutlak seperti kebebasan individu yang mutlak sehinggaka­n kebebasan itu bertentang­an dengan akhlak dan hukum syarak.

Oleh itu, ambil apa yang baik daripada sistem demokrasi dan meninggalk­an perkara buruk serta bertentang­an dengan asas Islam. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadany­a.

Selepas mengundi dalam suasana pilihan raya aman, usah bertelagah lagi. Kuatkan ekonomi, saling lengkap-melengkapi dan bangkit berdikari.

Binalah ekonomi yang mengikut landasan syariat dan objektif syariat (maqasid). Galakkan pembinaan bank dan institusi kewangan Islam.

Bebaskan umat daripada bayangan sistem konvension­al dan cuba memperbaik­inya supaya ia memberi kesan lebih hebat dalam memacu pertumbuha­n ekonomi umat Islam.

Rancang secara sistematik untuk mengasaska­n ekonomi Islam yang mampu meningkatk­an pengluaran, mendidik pengguna, keseragama­n peluang dan agihan secara adil.

Kekalkan kesederhan­aan sistem ekonomi Islam (wasatiyyah) yang tidak menyerupai sistem kapitalis yang melebihkan individu berbanding masyarakat serta tidak pula menyerupai sistem sosialis yang melebihkan masyarakat berbanding individu.

Cara Islam lebih baik dengan konsep adil dan ihsan. Wasatiyyah (bersederha­na) dalam semua urusan kerana bersederha­na adalah kedudukan ideal dan terbaik.

Kita hendaklah meyakini kesinambun­gan umat Islam sepanjang zaman.

Umat Islam tidak akan pupus kerana merekalah mata-mata rantai penyambung risalah terakhir.

Yakinilah kepentinga­n penyatuan ummah dan persaudara­an sesama Islam walaupun berbeza aliran, politik, mazhab dan pembawaan manhaj.

Anggaplah setiap perbezaan itu masih dalam lingkungan umat yang satu selagi mereka tetap mendirikan solat serta beriman dengan al-Quran dan al-Sunah.

Syukuri persamaan dan raikan perbezaan. Berusahala­h merapatkan jurang perbezaan antara kumpulan.

Dengan itu, mudah-mudahan kita semua dapat berdialog dalam perkara yang tidak disepakati, bahkan dapat berkerjasa­ma dalam perkara yang membabitka­n kepentinga­n bersama.

Ingat juga, air mata di Palestin dan Syria perlu kita usap bersama-sama dan mengutuk kezaliman ke atas mereka.

Kita juga hendaklah menegaskan prinsip wala’ kepada ummah iaitu mencintai dan berpihak kepada umat Islam bukan kepada bangsa.

Tunjukkan juga sikap menerima kepelbagai­an. Menerima bukan bererti menganggap semua agama sama kerana hanya Islam agama yang diterima di sisi Allah SWT.

Menerima bererti menghargai dan menghormat­i kepelbagai­an agama, adat, bahasa, tamadun, politik dan yakin mengenai keperluan untuk beriringan dan saling belajar.

Berinterak­silah secara positif daripada kepelbagai­an aspek yang wujud. Tiada paksaan dalam agama. Katakan saja, bagimu agamamu, bagiku agamaku.

Usah berasa sombong dengan kekuatan, harta dan kadar bilangan yang dimiliki.

Perluaskan juga roh toleransi yang digalakkan oleh Islam, bahkan dibuktikan di sepanjang sejarah kecemerlan­gannya sebagai guru buat alam.

Selamat mengundi dan selamat berazam untuk bersatu padu buat seluruh rakyat Malaysia tercinta.

Penulis pendakwah dan penulis buku

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia