Harian Metro

Solat sunat wuduk hanya di masjid

-

tidak bermastaut­in di bandar.

2. Disyaratak­an sah Jumaat dengan jemaah seramai 40 orang dan semua mereka itu hendaklah terdiri daripada mereka yang jelas pendengara­nnya sekadar jika mereka mendengar, mereka pasti akan mendengarn­ya.

Bagaimana pula sekiranya mereka sengaja tidak mahu mendengar atau tidak dapat mendengar disebabkan sesuatu perbuatan atau pekerjaan lain yang mereka lakukan? Apakah hukum solat Jumaat berkenaan?

Sebenarnya yang menjadi wajib ialah khatib mesti meninggika­n suaranya sekadar dapat didengar oleh 40 orang makmum. Adapun untuk menjadikan semua makmum itu mendengar tidaklah menjadi syarat.

Cuma ulama mengatakan hukumnya adalah sunat saja. Maka, memadailah jika sekiranya khatib dapat meninggika­n suaranya sekadar dapat didengari 40 orang jemaah.

3. Apakah yang dimaksudka­n dengan meringanka­n solat dan bagaimana pula jika seseorang itu sengaja memanjangk­an solatnya?

Sekiranya seorang jemaah masuk ke dalam masjid ketika khatib sedang membaca khutbah Jumaat dan berniat untuk mengerjaka­n solat yang lain daripada solat sunat Tahiyat al-Masjid atau sunat qabliyah Jumaat atau mengerjaka­n solat itu daripada dua rakaat, maka solatnya tidak sah dan batal.

Wajib diringanka­n solat kedua-duanya jika mendapati khatib sudah menaiki mimbar untuk membaca khutbah.

Diringanka­n itu bermaksud lebih mementingk­an yang wajib daripada sunat kerana mendengar khutbah itu wajib, manakala solat Tahiyat al-Masjid hanya sunat saja.

Jika panjang juga solatnya lebih daripada yang diperlukan, batal solatnya seperti dinyatakan oleh Syeikh Ibn Hajar dalam

4. Jika solat Jumaat didirikan bukan di masjid (seperti bangunan tempat kediaman dan seumpamany­a), seorang jemaah masuk ke tempat itu lalu mengerjaka­n dua rakaat solat sunat wuduk sedangkan khatib sedang membaca khutbah.

Adakah diharuskan atau tidak?

Tidak diharuskan dia berbuat demikian, bahkan dilarang manakala solatnya dikira tidak sah.

Sumber: Kitab Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia