Harian Metro

NAHAS RAGUT 5 NYAWA

Kereta mangsa remuk tersepit di antara dua kenderaan berat

- Harun Yahya cnews@nstp.com.my

“Saya sebak mendengar tangisan kanak-kanak menahan kesakitan sebelum lama-kelamaan tangisan itu senyap,” kata Dunstan saksi kejadian kemalangan maut mengorbank­an lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak berusia empat dan 12 tahun di Jalan Oya-Sibu, di sini petang semalam.

Nahas membabitka­n lima kenderaan itu berlaku berhampira­n Balai Polis Stapang jam 3.40 petang.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Dunstan berkata, kemalangan berlaku apabila lori treler hilang kawalan sebelum merempuh dan mengheret Perodua Viva dinaiki semua mangsa di hadapannya.

Menurutnya, rempuhan kuat menyebabka­n kereta berkenaan remuk dan semua mangsa tersepit dalam kenderaan terbabit.

“Ketika kejadian, saya memandu di hadapan kereta mangsa. Di depan kereta saya, terdapat lori membawa muatan batu yang mahu membelok ke kanan untuk menurunkan muatannya.

“Lori itu sudah memberikan lampu isyarat membelok dan saya memperlaha­nkan kereta.

“Ketika itulah secara tiba-tiba kereta saya dirempuh Perodua Viva dari arah belakang menyebabka­n saya terlanggar kereta Proton Saga di hadapan sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan dan merempuh sub-stesen elektrik berhampira­n,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dubstan berkata, selepas merempuh kenderaann­ya Toyota Hilux, kenderaan mangsa kemudian terperosok ke bawah bas ekspres dari arah bertentang­an.

“Saya bersama beberapa pengguna jalan kemudian bergegas cuba mengeluark­an mangsa namun sukar kerana mereka tersepit,” katanya.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak mengesahka­n lima maut dalam kejadian berkenaan, masing-masing seorang lelaki dewasa yang juga pemandu Perodua Viva, bersama dua wanita dan dua kanak-kanak.

“Mangsa pertama kanak-kanak lelaki lingkungan empat tahun dikeluarka­n pada jam 4.50 petang, diikuti mangsa lelaki dewasa pada jam 7.14 malam dan tiga lagi mangsa 40 minit kemudian,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba terpaksa menggunaka­n peralatan khas bagi mengeluark­an mayat kesemua mangsa yang tersepit.

Mayat dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat dan proses pengecaman identiti.

Lewat malam tadi mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Gelunsin Sugi, 44 (pemandu kereta), Alfreda Do, 33, Annatasia Ulas Gelunsin, 15, Camilla Angel Gelunsin, 12, dan Richmont Mumin Gelunsin, 4.

“Ketika kejadian, saya memandu di hadapan kereta mangsa. Di hadapan kereta saya, terdapat lori membawa muatan batu yang mahu membelok ke kanan untuk menurunkan muatannya”

Dunstan

 ??  ?? KEADAAN kemalangan membabitka­n empat kenderaan di Batu 28, Jalan Oya-Sibu.
KEADAAN kemalangan membabitka­n empat kenderaan di Batu 28, Jalan Oya-Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia