Harian Metro

Bangga tamat kayuhan 147km

-

Mula berjinak dalam sukan berbasikal sejak usia tujuh tahun, Adam Haziq Azhiimi, 12, berasa teruja kerana berpeluang menyertai Janamanjun­g Fellowship Ride (JMFR) 2018 bersama ayahnya, Azhiimi Zakaria, 41, buat kali pertama, baru-baru ini.

Biarpun berdepan cabaran cuaca panas terik dan keadaan bentuk muka bumi yang tidak menentu sepanjang laluan kayuhan di lebuh raya, Adam Haziq berjaya menamatkan kayuhan sejauh 147 kilometer (km) dalam tempoh lima jam 30 minit bersama ayahnya.

Apatah lagi, dia turut menjadi kelompok pertama yang sampai ke garisan penamat bersama ayahnya dan peserta lain.

Katanya, kenangan itu akan kekal sebagai pengalaman paling manis dalam hidupnya dan akui memang penat tetapi seronok dan puas.

“Berkat sokongan ayah yang sentiasa mengekori saya, kami berjaya menamatkan kayuhan ini bersama-sama dan mendapat medal untuk dijadikan memori keluarga.

“Kayuhan ini adalah yang paling jauh pernah saya sertai kerana sebelum ini hanya mencuba 20km saja, juga bersama ayah,” katanya.

Azhiimi yang bertugas sebagai jurutera di TNB Janamanjun­g Sdn Bhd (TNB Janamanjun­g), gembira kerana diberi kesempatan menyertai acara berprestij TNB yang memasuki tahun ke-11 penganjura­nnya.

Jika tahun lalu dia menyertai JMFR bersama ayahnya, kini dia bangga dapat meneruskan tradisi bersama anaknya pula.

Seorang lagi peserta, Abdul Rahim Othman, 40, berkata JMFR adalah acara yang paling dinanti-nanti bersama rakan berbasikal lain pada setiap tahun.

“Syabas saya ucapkan kepada penganjur kerana sentiasa menyediaka­n kemudahan lengkap kepada peserta dan boleh dikatakan, JMFR pada kali ini adalah yang terbaik.

“Ini penyertaan JMFR saya yang ke-10 dan setiap tahun, banyak penambahba­ikan dilakukan penganjur untuk memastikan acara tahunan ini berada pada kelasnya yang tersendiri,” katanya.

Tambah menarik dan unik, JMFR edisi kali ini juga menyaksika­n penyertaan 14 atlet paralimpik berbasikal dan empat pemain hoki kebangsaan.

Atlet paralimpik berbasikal, Muhammad Afiq Afifiy Rizan, 22, berkata penganjura­n acara seperti itu wajar diteruskan setiap tahun kerana sudah mempunyai peminat tetap.

“Ia juga bagus untuk kesihatan selain secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan kekeluarga­an jika peserta berkayuh bersama keluarga masing-masing.

“Penyertaan saya dan rakan atlet lain adalah sebagai tanda memberi balik kepada komuniti dan sokongan kepada TNB yang menjayakan acara penuh bermanfaat ini,” katanya.

Muhammad Afiq adalah pemenang pingat gangsa dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia menerusi acara pecut tandem (cacat penglihata­n) di Los Angeles tahun lalu berganding bersama Muhammad Khairol Adha Rasol.

Penyerang skuad hoki kebangsaan, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, 32, akui JMFR memberi semangat kepada anak muda terbabit aktif dalam sukan berpasukan.

“Mana tahu, satu hari nanti kita dapat pelapis dalam sukan berbasikal negara menerusi acara seperti ini yang mengalu-alukan penyertaan peserta seawal umur tujuh tahun.

“Mereka inilah yang akan meneruskan legasi atlet sukan berbasikal dan seterusnya mengharumk­an nama negara di mata

dunia,” katanya.

 ?? Muhammad Afiq ?? PENGURUS Rakan Perniagaan TNB Perak, Azlan Mohammad menerangka­n panduan Aplikasi Mudah Alih myTNB kepada pengunjung. TENGKU Ahmad (kiri) berkongsi pengalaman bersama kanak-kanak pada JMFR 2018. Penyertaan saya dan rakan atlet lain adalah sebagai tanda...
Muhammad Afiq PENGURUS Rakan Perniagaan TNB Perak, Azlan Mohammad menerangka­n panduan Aplikasi Mudah Alih myTNB kepada pengunjung. TENGKU Ahmad (kiri) berkongsi pengalaman bersama kanak-kanak pada JMFR 2018. Penyertaan saya dan rakan atlet lain adalah sebagai tanda...
 ??  ?? DR Zambry melepaskan peserta TNB Janamanjun­g Fellowship Ride 2018.
DR Zambry melepaskan peserta TNB Janamanjun­g Fellowship Ride 2018.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia