Harian Metro

SIHAT Asid urik berlebihan

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my lihat muka 54

Gaya pemakanan faktor utama penyakit batu karang berlaku di negara ini

Pembentuka­n batu karang dalam sistem urinari manusia akibat pengambila­n dan penghasila­n asid urik serta kalsium berlebihan adalah isu kesihatan biasa sering dialami kebanyakan rakyat Malaysia.

Berdasarka­n kajian, penyakit batu karang lebih berisiko terjadi dalam kalangan rakyat di negara yang terletak di garisan khatulisti­wa dan tropika, beriklim panas seperti Amerika Utara dan hampir semua negara di benua Asia termasuk Malaysia.

Faktor kurang pengambila­n air sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 liter meskipun cuaca panas dikatakan satu daripada penyumbang kepada penyakit batu karang.

Pakar Urologi, Dr Poongkodi Nagappan berkata sistem perkumuhan membabitka­n urinari (kencing) manusia merangkumi kedua-dua ginjal (buah pinggang), ureter, pundi kencing dan uretra.

Ginjal berfungsi menapis sel darah merah dan menyingkir­kan hasil perkumuhan melalui sistem urinari sebagai air kencing. Manakala ureter pula bertindak menyalurka­n air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing.

Pundi kencing yang berfungsi menyimpan air kencing sebelum dikumuhkan daripada badan, kemudian dikeluarka­n melalui uretra atau salur kencing.

“Masalah batu karang boleh menimpaa mana-mana individu tanpa mengira faktor jantina dan usia sama ada dewasa mahupun kanakkanak.

“Pembentuka­n batu karang terjadi apabila ginjal gagal menapis kehadiran bahan seperti kalsium, asid urik dan bakteria seperti Proteus, Psedomonas dan Klebsiella seterusnya melekat pada dinding buah pinggang.

“Pembentuka­n batu karang ini selalunya bermula daripada buah pinggang, seterusnya terjadi di dalam saluran ureter dan pundi kencing, apabila batuan itu terjatuh di keduadua bahagian berkenaan.

“Hasilnya, air kencing pesakit akan menjadi lebih pekat kerana air kencing bertakung dalam salur ureter dan pundi kencing.

“Di Malaysia, batu karang yang disebabkan asid urik adalah lebih tinggi iaitu 17 peratus berbanding hanya empat peratus di negara

Barat. Ini menunjukka­n gaya pemakanan antara faktor kepada penyakit batu karang berlaku di negara ini.

“Selain masalah metabolism­a tubuh, asid urik didapati dalam makanan seperti makanan laut terutama kerang, sotong, ikan bilis dan ikan sardin.

“Tabiat suka makan organ dalaman seperti hati, paru-paru dan usus, pelbagai jenis kekacang dan ulaman yang mengandung­i sumber protein tinggi turut menyebabka­n pembentuka­n batu karang,” katanya ketika ditemui.

Mengulas mengenai tempoh pembentuka­n batu karang dalam sistem kencing manusia, beliau berkata proses itu tidak dapat dikenal pasti kerana ia bergantung pada kuantiti pengambila­n makanan berasid urik dan kalsium tinggi, selain faktor metabolism­a individu berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? BATU karang boleh terbentuk di dalam buah pinggang, ureter dan pundi kencing.
BATU karang boleh terbentuk di dalam buah pinggang, ureter dan pundi kencing.
 ??  ?? DR Poongkodi
DR Poongkodi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia