Harian Metro

JAKIM tak benarkan permohonan sijil halal guna nama berunsur Islam

-

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak membenarka­n permohonan pihak industri untuk mendapatka­n pensijilan halal ke atas produk yang menggunaka­n nama berunsurka­n agama Islam.

Ketua Pengarahny­a, Tan Sri Othman Mustapha, berkata, perkara itu turut jelas dinyatakan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang dikeluarka­n JAKIM.

“Permohonan produk seumpamany­a memang tidak dibenarkan, malah jika ada permohonan ia akan ditolak.

“Di dalam manual pensijilan jelas menyatakan antara syarat pensijilan adalah nama produk tidak menggunaka­n perkataan ‘Halal’ dan nama berunsurka­n keagamaan dan ketuhanan.

“Ia disebabkan nama atau jenama produk berunsur Islam boleh memberi gambaran bahawa produk terbabit adalah bersesuaia­n untuk orang Islam dan halal.

“Ia seterusnya dapat mengundang kekeliruan pengguna berkenaan status produk yang menggunaka­n nama berunsur islam ini,” katanya kepada wartawan.

Semalam, Harian Metro melaporkan tindakan beberapa ahli perniagaan bukan Islam yang sengaja menggunaka­n pelbagai perkataan berunsur Islam pada jenama produk kesihatan tidak berdaftar untuk memperdaya pengguna Islam sekali gus mendapatka­n untung lumayan.

Bukan sahaja cuba memperdaya pengguna, malah produk mereka didapati turut dicampur racun berjadual steroid yang boleh memberi kesan buruk pada kesihatan pengguna.

Kegiatan itu dibongkar susulan tindakan pegawai Bahagian Penguatkua­sa Farmasi (BPF) Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menyerbu sebuah kediaman di Kampung Pokok Keras dekat Sungai Puyu, Butterwort­h, Pulau Pinang baru-baru ini.

 ?? Othman Mustapha ?? Nama atau jenama produk berunsur Islam boleh memberi gambaran bahawa produk terbabit adalah bersesuaia­n untuk orang Islam dan halal”
Othman Mustapha Nama atau jenama produk berunsur Islam boleh memberi gambaran bahawa produk terbabit adalah bersesuaia­n untuk orang Islam dan halal”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia