Harian Metro

PETAK PARKIR TAK CUKUP

-

mengambil penumpang menyebabka­n masalah kesesakan bertambah serius.

Pengunjung, Mohd Amirul Dusin, 28, berkata, keenakan makanan dihidang menyebabka­n medan selera itu menjadi tumpuan ramai, selain terletak berhampira­n bangunan kerajaan dan Taman Awam Teluk Likas.

“Deretan kenderaan diparkir di bahu jalan dan pemandu yang berhenti menyebabka­n aliran lalu lintas menjadi perlahan. Saya juga kerap ke sini bersama ibu, namun jumlah petak parkir yang tidak mencukupi menyebabka­n kami terpaksa berjalan jauh.

“Bukan saja parkir kereta yang tidak cukup, untuk motosikal pun sama. Berikutan itu, saya harap pihak yang berkenaan ambil tindakan segera bagi atasi masalah ini,” katanya.

Seorang lagi pengguna jalan raya, Fahirul

Azwar, 25, berkata, sikap segelintir pemandu yang sengaja memandu perlahan untuk mencari petak parkir kosong turut menyumbang kepada masalah kesesakan lalu lintas.

Katanya, penyelesai­an segera perlu difikirkan pihak berkuasa kerana lokasi itu menjadi laluan utama pengguna dari Kota Kinabalu yang mahu ke Kingfisher, Sepanggar dan Indah Permai.

“Setiap kali waktu puncak kesesakan menjadi bertambah teruk. Sebagai penyelesai­an jangka pendek saya harap Polis Diraja Malaysia (PDRM) tempatkan anggota trafik untuk bantu kawal lalu lintas.

“Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pula kerahkan pegawai penguat kuasa untuk pantau perbuatan segelintir pemandu yang memakir kenderaan mereka di tempat tidak sepatutnya,” katanya.

Fahirul berkata, apa yang dirisaukan adalah keselamata­n pejalan kaki yang mahu ke medan selera berkenaan berikutan laluan itu sentiasa sibuk dengan kenderaan.

Selain itu, Fahirul berharap DBKK mengambil langkah segera dengan menambah jumlah parkir kenderaan demi keselesaan khususnya pengunjung medan selera dan pengguna jalan raya yang lain.

 ??  ?? KENDERAAN diletak sesuka hati di bahu jalan berhampira­n kawasan Anjung Perdana menyebabka­n kesesakan lalu lintas sepanjang Jalan Teluk Likas.
KENDERAAN diletak sesuka hati di bahu jalan berhampira­n kawasan Anjung Perdana menyebabka­n kesesakan lalu lintas sepanjang Jalan Teluk Likas.
 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia