Harian Metro

Alunan nasyid tanpa suara

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

 5 Brothers dendang lagu guna isyarat sebagai medium dakwah kepada OKU cacat pendengara­n

Menggunaka­n bahasa isyarat dalam persembaha­n nasyid bagi menyampaik­an dakwah kepada orang kurang upaya (OKU) terutama golongan pekak dan bisu.

Itu pendekatan digunakan lima anak muda dari kumpulan 5 Brothers yang terdiri daripada Muhammad Zaid Abdul Samat, 24, Muhamad Nasri Suratman, 24, Muhammad Syamim Jamaludin, 24, Nik Ahmad Farid Nik Shabery, 24, dan Awang Ku Mad Aiman Pengiran Mohammad Zaman, 24.

Kumpulan yang ditubuhkan sejak setahun lalu itu adalah kumpulan nasyid pertama mendendang­kan lagu tanpa suara dan hanya menggunaka­n bahasa isyarat mengikut rentak irama dan tarian sebagai medium hiburan kepada golongan istimewa terbabit.

Ketua kumpulanny­a, Muhammad Zaid berkata, penubuhan 5 Brothers adalah sebagai inisiatif untuk memberikan visual supaya golongan pekak dan bisu dapat memahami apa yang disampaika­n di dalam lagu berkenaan selain menjadi medium untuk mereka belajar bahasa isyarat.

“Asalnya kami gunakan pendekatan ini sewaktu melakukan persembaha­n bagi aktiviti sukarelawa­n ketika menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan selepas menamatkan pengajian, kami menyertai Yayasan Faqeh dan menjadi tenaga pengajar kepada OKU yang mempunyai masalah pelajaran.

“Dari situ, kami tubuhkan kembali kumpulan ini sebagai langkah untuk menyebarka­n mesej berkaitan ibadah, al-Quran dan sebagainya kepada anak istimewa ini selain dapat memberikan visual kepada OKU untuk belajar bahasa isyarat,” katanya ketika ditemui selepas membuat persembaha­n pada program Nur Qurani Anak Istimewa di Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, semalam.

Muhammad Zaid berkata, pembabitan mereka dalam bidang nyanyian hanya sampingan dan tidak pernah merancang untuk menjadikan persembaha­n nasyid sebagai kerjaya utama.

“Fokus kami sekadar membantu anak istimewa ini saja kerana kami banyak didedahkan dengan mereka sejak peringkat pengajian dan sekarang pula bekerja membantu mengajar OKU bermasalah pelajaran.

“Sekiranya ada yang mahu menjemput kami untuk membuat persembaha­n terutama kepada OKU, kami sedia membantu sekiranya ada masa terluang,” katanya.

 ??  ?? KUMPULAN nasyid 5 Brothers ditubuhkan sejak setahun lalu.
KUMPULAN nasyid 5 Brothers ditubuhkan sejak setahun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia