Harian Metro

Tahan sakit hibur peminat

-

Penyanyi Indonesia, Firman Siagian tetap meneruskan persembaha­n pada konsert Karnival OK di Kuala Selangor, kelmarin walaupun mengalami

secara tiba-tiba.

Firman, 40, yang juga bekas peserta program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) mengambil keputusan meneruskan nyanyian dengan duduk di atas kerusi dan menyampaik­an dua lagu iaitu Rindu Serindu Rindunya dan Kehilangan.

“Sudah dua tahun saya tidak mengalami masalah

Tak sangka pula ia datang tiba-tiba sebelum buat persembaha­n. Ia memang sakit dan menyukarka­n saya untuk berdiri dan berjalan.

“Walaupun dinasihatk­an untuk berehat, tetapi saya tetap ingin teruskan sebab saya sudah ada di lokasi persembaha­n selain tidak mahu menghampak­an penonton yang hadir,” katanya.

Firman berkata, situasi sama pernah terjadi ketika dia menjayakan persembaha­n di Singapura, dua tahun lalu.

disc

slip disc.

slip

“Ini bukan perkara baru, jadi saya sudah biasa.

Dalam persembaha­n di Singapura sebelum ini, saya minta izin penganjur untuk pulang ke Bandung, Indonesia bagi berjumpa pakar urut tradisiona­l yang biasa merawat saya.

“Alhamdulil­lah, dalam tempoh 15 minit dia meredakan sakit ini.

Selepas itu, saya kembali semula ke Singapura seperti dijanjikan. Ia membuatkan penganjur terkejut,” katanya.

Ditanya punca penyakit itu, Firman berkongsi ia disebabkan gaya hidup dan waktu rehat yang tidak mencukupi.

Selain Firman, konsert Karnival OK anjuran Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) itu turut menampilka­n Khai Bahar, Najwa Latif, Tegar, Salwa Abdul Rahman dan IamNeeta.

 ?? Firman Siagian ?? Sudah dua tahun saya tidak mengalami masalah slip disc.
Tak sangka pula ia datang tiba-tiba sebelum buat persembaha­n. Ia memang sakit dan menyukarka­n saya untuk berdiri dan berjalan”
Firman Siagian Sudah dua tahun saya tidak mengalami masalah slip disc. Tak sangka pula ia datang tiba-tiba sebelum buat persembaha­n. Ia memang sakit dan menyukarka­n saya untuk berdiri dan berjalan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia