Harian Metro

Buruan 10 tahun tumpas selepas dikejar

-

Klang: Pengguna jalan raya di sekitar Klang pagi semalam digemparka­n dengan kejadian seperti filem aksi apabila seorang lelaki yang dikehendak­i sejak 10 tahun lalu cuba melarikan diri daripada polis.

Malah, lelaki berkenaan memandu sejauh dua kilometer dari Persiaran Batu Nilam di sini, sehingga ke Taman Klang Jaya sebelum kereta dipandunya bergesel dengan tiga kereta serta melanggar motosikal.

Bagaimanap­un, usaha melarikan diri itu gagal selepas lelaki berkenaan yang memandu kereta bersama seorang wanita dan seorang kanak-kanak ditahan pihak berkuasa jam 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ketika menjalanka­n rondaan, dua anggota unit peronda terserempa­k Nissan Sentra dalam keadaan mencurigak­an sebelum mereka membunyika­n siren.

“Kereta terbabit melarikan diri sebelum anggota saya mengejar suspek. Kereta suspek bergesel dengan tiga kereta lain serta melanggar motosikal orang awam.

“Suspek berusia 37 tahun ditahan di Jalan Serunai 1, Taman Klang Jaya, dua kilometer dari Persiaran Batu Nilam.

“Polis turut menemui parang panjang di bawah kerusi pemandu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Shamsul Amar berkata, semakan mendapati suspek dikehendak­i sejak 10 tahun lalu membabitka­n kesalahan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabka­n kecederaan ketika merompak.

Beliau berkata, wanita dan kanak-kanak berkenaan dibebaskan manakala perintah reman terhadap suspek dipohon esok.

Katanya, polis meneruskan siasatan berhubung kes terbabit.

Kejadian berkenaan sempat dirakamkan jurugambar Harian Metro yang ketika itu dalam perjalanan untuk membuat liputan pilihan raya.

 ??  ?? SUSPEK bersama wanita dan kanak-kanak ditahan selepas kenderaan dipandunya bergesel dengan kereta dan melanggar motosikal dalam usaha melarikan diri daripada polis.
SUSPEK bersama wanita dan kanak-kanak ditahan selepas kenderaan dipandunya bergesel dengan kereta dan melanggar motosikal dalam usaha melarikan diri daripada polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia