Harian Metro

Tak campur tangan pentadbira­n negara

-

Pekan: “Saya tidak pernah masuk campur urusan suami saya terutamany­a dalam hal-hal berkaitan pentadbira­n kerajaan.

“Saya tahu macam-macam pihak di sana (pembangkan­g) berkata mengenai saya sehinggaka­n orang tengok saya pun takut,” tegas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, ada pihak yang ‘menyerangn­ya’ dengan melemparka­n pelbagai tohmahan dan fitnah dalam usaha untuk menjatuhka­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, sebagai isteri sudah menjadi tugas beliau untuk menjaga suami serta rumah tangga mereka dan beliau tidak pernah mempengaru­hi Najib dalam membuat sebarang keputusan mengenai dasar dan urusan kerajaan.

Beliau berkata, Najib adalah orang yang selalu meletakkan kepentinga­n rakyat di hadapan, malah dalam fikirannya hanya memikirkan apa yang perlu beliau lakukan untuk rakyat terutamany­a di Pekan.

“Kerana terlalu sibuk adakalanya saya pun beliau tidak nampak, tugas saya menjaga suami, tetapi suami saya lebih memikirkan dan menjaga rakyat.

“Adakalanya hal anak pun beliau terlupa...tetapi masalah rakyat di Pekan semua beliau tahu dan berusaha untuk menyelesai­kannya tidak kira cepat atau lambat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program anjuran Pertubuhan Perkumpula­n Perempuan (WI) Pekan, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi WI Pekan, Datuk Melati Ali. Dalam pada itu beliau berkata, golongan wanita adalah tulang belakang kepada kesejahter­aan keluarga serta pembanguna­n negara, justeru itu tahun ini diisytihar­kan sebagai Tahun Memperkasa­kan Wanita.

“Dalam manifesto Barisan Nasional (BN) turut berjanji untuk memudahkan syarat pinjaman mikrokredi­t untuk usahawan wanita serta menubuhkan pusat transforma­si bagi membantu melebarkan jaringan perniagaan,” katanya.

 ??  ?? ROSMAH bersama peserta yang hadir pada Program Larian 10 Ribu Langkah Women Walk The World di Pekan, semalam.
ROSMAH bersama peserta yang hadir pada Program Larian 10 Ribu Langkah Women Walk The World di Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia