Harian Metro

PORT promosi seni budaya Terkenal di peringkat antarabang­sa

-

 Tempat anak Perak ketengah karya, kreativiti

Ipoh: PORT semakin dikenali bukan saja di Malaysia, malah di peringkat antarabang­sa apabila Arbaayah Mohd Zain atau Abby Zain, anak kelahiran Batu Gajah terpilih antara 50 karya tempatan ke Pameran Buku Antarabang­sa Frankfurt, Jerman, beberapa tahun lalu.

Kemudian PORT terus maju setapak lagi apabila terpilih menghantar wakil ke Popcon Asia 2015 atau Popular Culture Festival di Jakarta, Indonesia pada 2015 dan memenangi tempat pertama dalam kategori serta tempat ketiga

Kejayaan di Jakarta ditempa Abu Huzaifah Saharuddin, 30, Mior Abdul Muneer Mior Muhammad, 30, dalam acara dan Mior Azhar Mior Said, 35, dalam acara

manakala Adi Imran Mohamed Nazri atau Adi Nazri, 34, berjaya menewaskan peserta dari tiga negara iaitu Filipina, Singapura dan Indonesia untuk kategori

Rentetan itu, Nur Sirajuddin Shariffudi­n, yang mempunyai bakat grafiti dihantar ke Pertanding­an

yang diadakan di Skate Park Brunei Darussalam dan mendapat tempat ketiga.

Tidak terhenti di situ, PORT melakar sejarah apabila Kumpulan Dendang Anak yang bertapak di Bota, Perak dijemput Kementeria­n

Pelanconga­n Mesir bagi menyertai

untuk mempamerka­n kepelbagai­an kesenian tradisiona­l Perak khususnya dan Malaysia amnya dan berjaya menjadi johan persembaha­n terbaik.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam, Infrastruk­tur, Tenaga dan Air negeri yang juga

Ahli Lembaga Pengarah PORT, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, kejayaan demi kejayaan yang dicipta PORT sekali gus membuktika­n keberkesan­an pusat berkenaan yang selama ini mungkin dianggap tidak membawa banyak kesan.

“PORT bukan sekadar muzik semata-mata tetapi membabitka­n pelbagai genre seni. Juga ada kumpulan pelukis, kartunis, peminat barangan klasik, penggiat budaya, kraftangan dan tarian dan pelbagai lagi yang bernaung dengan PORT,” katanya ketika ditemui di sini. kumpulan muzik untuk Album PORT Listen II dan album pertama PORT Listen sebelum ini ditampilka­n kumpulan muzik yang lain.

“Pembikinan album ini juga membuatkan kami semakin dikenali, malah turut mendapat undangan membuat persembaha­n di Perak dan negeri lain.

Bagi saya PORT berjaya mengetenga­hkan bakat seni anak negeri ini,” katanya.

Bagi pelukis karikatur, Muhammad Ridzuan

Mohd Zuki, 25, PORT bertanggun­gjawab mengetenga­hkan seni dan bakat hingga menjadikan beliau bekerja sepenuh masa dengan melukis.

Menurutnya, perjumpaan dengan Pengurus Besar PORT, Zamari Muhyi merubah hidupnya malah menjadikan seni lukisan sebagai mata pencarian.

“Saya tanya apa yang PORT boleh bantu untuk gilap bakat saya kerana sebelum ini saya pelukis mural, namun atas nasihat Zamari, beliau mengesyork­an agar memilih lukisan karikatur.

“PORT banyak anjurkan program, jadi ramai turut serta khususnya anak muda, di situ saya gunakan peluang menjual hasil lukisan karikatur.

“Alhamdulil­lah penerimaan baik dan akhirnya kini saya melukis karikatur sepenuh masa, dulu ingat nak buat sambilan saja,” katanya.

 ??  ?? ANTARA aktiviti yang telah dijalankan oleh PORT.
ANTARA aktiviti yang telah dijalankan oleh PORT.
 ??  ?? PEKAN Kartun merupakan cetusan PORT dalam mempromosi industri kreatif melibatkan kartun, komik, animasi dan cosplay kepada masyarakat serta sudah memasuki edisi keempat.
PEKAN Kartun merupakan cetusan PORT dalam mempromosi industri kreatif melibatkan kartun, komik, animasi dan cosplay kepada masyarakat serta sudah memasuki edisi keempat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia