Harian Metro

Tunggu lepas PRU14

 Zahid mahu ambil tindakan akhbar politik dijual kepada umum

- Shaarani Ismail shaarani@nstp.com.my

Tetapi ada media cetak yang diterbitka­n untuk ahli-ahlinya sahaja, tidak ada permit KDN. Tunggu lepas PRU14 ini, kita ambil tindakan”

Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penerbitan akhbar, khususnya akhbar politik diterbitka­n tanpa permit KDN yang secara lantang menyiarkan berita palsu sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, meskipun penerbitan akhbar politik berkenaan didakwa hanya untuk jualan kepada ahli namun hakikatnya semua orang bebas untuk mendapatka­nnya di kedai buku dan vendor akhbar dengan mudah.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua media cetak dan elektronik yang membantu BN (Barisan Nasional) di mana mereka menceritak­an semua yang benar.

“Tetapi ada media cetak yang diterbitka­n untuk ahli-ahlinya saja, tidak ada permit KDN. Tunggu lepas PRU14 ini, kita ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Bersama MyPPP Bagan Datuk di Dewan Terbuka di sini, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, sesuatu akan dilakukan oleh KDN dan ia bukanlah amaran semata-mata, tetapi tindakan penguatkua­saan.

“Nama saja jualan hanya untuk ahli (akhbar), sebenarnya saya mendapat naskhah akhbar itu di vendor dan kedai menjual akhbar, jadi tunggu masanya.

“Buatlah fitnah, buatlah berita palsu. Ya, selepas PRU juga anda tidak akan terlepas daripada sebarang tindakan dan saya ucapkan ‘terima kasih’ kepada mereka yang melakukan kerja fitnah ini,” katanya.

 ??  ?? DR Ahmad Zahid pada Program Bersama myPPP Bagan Datuk di Hutan Melintang, semalam.
DR Ahmad Zahid pada Program Bersama myPPP Bagan Datuk di Hutan Melintang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia