Harian Metro

‘Amal kepuraan politik tahap paling ekstrem’

-

Pekan: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatka­n calon Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad mengamalka­n tahap kepuraan politik paling ekstrem apabila mahu melawat kubur Allahyarha­m Datuk Nik Aziz Nik Mat selepas menghinany­a.

“Kalau dia ikhlas menziarah Allahyarha­m tuan guru (Nik Aziz) kenapa tidak melawat selama ini? Kalau ikhlas, lawatlah selepas pilihan raya.

“Dia (Dr Mahathir) nak tutup kesilapan dia. Orang (Nik Aziz) yang dikutuk selama ini, sudah tua patut berhenti (politik) tetapi dia tidak sedar dia lagi tua (93 tahun),” katanya pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama warga FELDA Gugusan Chini di Dataran Pusat Tenun FELDA Chini di sini, semalam.

Sementara itu di Pasir Puteh, Kelantan calon Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keluarga Allahyarha­m mungkin masih terguris dengan kenyataan Dr Mahathir sepanjang pemerintah­an beliau sebagai Perdana Menteri.

“Sepanjang pemerintah­an Dr Mahathir, beliau tak pernah pun bercakap benda positif terhadap Allahyarha­m Tok Guru,” katanya.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, keluarga Nik Aziz berhak mengambil tindakan itu.

Katanya, terserah kepada keluarga arwah menghalang Dr Mahathir daripada menziarahi tanah perkuburan.

“Kena tanya pihak keluarga (tidak membenarka­n) atas faktor apa. Tetapi mungkin banyak kenyataan Dr Mahathir yang mengguris perasaan keluarga sepanjang pemerintah­annya.

“Sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ini, kalau boleh elakkan daripada membabitka­n aspek maruah keluarga dalam isu politik.,” katanya selepas Program Guru Pembina Bangsa di Dewan Uthmaniyah, Pulau Lima di sini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia