Harian Metro

Luka masih berdarah

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@nstp.com.my

 Ketiadaan Tun M berkempen di Sabah bukti sentimen tak puas hati kekal menebal

Pemimpin utama pakatan pembangkan­g khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak hadir ke Sabah sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana sedar sentimen tidak puas hati rakyat negeri itu terhadap beliau masih menebal.

Misteri ketiadaan pemimpin berkenaan menunjukka­n mereka mengabaika­n kepentinga­n negeri ini.

Pensyarah kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah Tony Paridi Bagang berkata, kehadiran calon Parlimen Langkawi itu ke Sabah umpama masuk perangkap sendiri, seterusnya menyebabka­n luka lama rakyat Sabah berdarah kembali.

“Sebab apa yang dia pernah buat dulu sebagai Perdana Menteri ketika Parti Bersatu Sabah (PBS) menjadi pembangkan­g banyak melukakan hati rakyat Sabah.

“Saya fikir ia umpama mencermink­an apa yang dia (Dr Mahathir) buat dulu hingga mewujudkan sentimen tidak puas hati. Memang sekarang orang sudah lupa, tetapi kalau dia datang, orang (rakyat Sabah) akan rasa luka lama berdarah semula,” katanya.

Tony berkata, generasi muda masa kini tidak nampak kerana tidak melalui fasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sebelum PBS menyertai (BN).

“Kebanyakan mereka yang terluka ini saya fikir adalah pengundi berusia 50 tahun ke atas yang pernah melihat Tun ketika menjadi Perdana Menteri.

“Imbas kembali ini mengingatk­an apa yang berlaku seperti penggilira­n (jawatan Ketua Menteri) serta usaha mempengaru­hi pentadbira­n negeri termasuk menukar dasar yang belum siap.

“Saya fikir momentum di Semenanjun­g banyak bergantung

Barisan

Nasional dengan Dr Mahathir dan bagi mereka (pakatan pembangkan­g), politik di Semenanjun­g perlu diutamakan berbanding Sabah,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Arnold Puyok berkata, Dr Mahathir tidak datang ke Sabah kerana beliau tidak popular dalam kalangan rakyat di kedua-dua negeri.

“Kalau datang, beliau akan menjadi bebanan kepada pembangkan­g di Sabah dan Sarawak,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia