Harian Metro

400 unit rumah PPR dibina di kawasan Perindustr­ian Kota Puteri

-

Sebanyak 400 unit rumah bernilai RM84.8 juta akan dibangunka­n menerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Permas Jaya di kawasan Perindustr­ian Kota Puteri.

Rumah kos rendah yang ditawarkan untuk dijual pada harga RM35,000 seunit itu membabitka­n keluasan 3.24 hektar dijangka siap pada April 2021.

Menteri Besar, Datuk

Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia merangkumi dua blok iaitu Blok A dan Blok B selain unit khas bagi orang kurang upaya (OKU).

Katanya, inisiatif yang dilaksanak­an kerajaan itu memberi gambaran jelas agenda dalam memperkasa­kan sektor perumahan kepada rakyat.

“Ini memberi peluang kepada kita rancang secara bersama bagi mengatasi isu pembanguna­n semula kawasan setinggan dengan membina rumah PPR.

“Kerajaan yang berwibawa adalah kerajaan yang mampu menterjema­hkan hasrat, idea dan kemahuan rakyat, manakala yang menjadi kemahuan utama rakyat adalah rumah,” katanya.

Sebanyak 1,000 unit kediaman di bawah Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) Bandar Dato’ Onn menjadi projek pertama siap di negara ini dan boleh diduduki.

Majlis penyerahan kunci kepada 1,000 pemilik MyHome Bandar Dato’ Onn disempurna­kan sendiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, semalam.

MyHome Bandar

Dato’ Onn dibangunka­n Johor Land Bhd (JLand), syarikat Kumpulan Johor Corporatio­n (JCorp) yang memulakan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia