Harian Metro

Minta nafilah!

- Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@nstp.com.my

 Waspada dakwaan DAP sebar risalah fitnah

Barisan Nasional (BN) Johor hari ini mendesak DAP membuat penafian berhubung pendedahan seorang ahli seumur hidup parti itu yang mendakwa puluhan risalah dan rakaman video memfitnah kerajaan disebarkan sebelum hari pengundian.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jika dakwaan Penolong Penerbit UbahTV, Amran Ahmad, itu tidak betul, DAP terbuka menyaman ahli DAP seumur hidup itu.

Katanya, parti yang menggunaka­n fitnah ketika kempen pilihan raya umum menunjukka­n parti itu terdesak mendapatka­n undi.

“Kalau benda (dakwaan) itu tidak betul, DAP terbuka menyaman orang itu (Amran) tetapi memanglah saya ingat pertama, satu-satu parti yang menggunaka­n fitnah atau cara itu menunjukka­n keadaan terdesak.

“Kedua, sebenarnya menunjukka­n kerajaan ini (BN) banyak buat baik tetapi (DAP) tiada cara lain pengaruhi rakyat dan terpaksa buat fitnah serta sebar cerita tidak betul.

“Kami (BN Johor) harap DAP buat penafian. Saya percaya yang membuat kenyataan itu tentunya ada bukti untuk pastikan apa dia cakap itu benar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan majlis penyerahan kunci Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) Bandar Dato’ Onn di sini, semalam.

“Kami pesan rakyat yang dengar ceramah mereka (DAP) berhati-hati, supaya tidak buat pilihan (undi calon pembangkan­g) kerana fitnah berleluasa atau pembohonga­n,” katanya.

Kelmarin, penolong penerbit televisyen rasmi dalam talian DAP mendakwa semua bahan propaganda berniat jahat dan berunsurka­n fitnah direka parti itu siap dan diedarkan secara berperingk­at menjelang hari pengundian 9 Mei ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia