Harian Metro

Tak pernah lupa orang muda

- Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@nstp.com.my

 Generasi belia dihargai menerusi pelbagai inisiatif serta pendekatan Orang Muda Johor

Golongan belia sememangny­a menjadi nadi penggerak di negeri ini bukan saja dari segi modal insan, bahkan turut menyumbang dalam perkembang­an ekonomi di Johor.

Sehubungan itu, kerajaan negeri mengakui kepentinga­n generasi belia dan mulai tahun ini juga, golongan itu diangkat dengan dibantu menerusi pelbagai inisiatif serta pendekatan dinamakan Orang Muda Johor (OMJ) yang diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam pembentang­an Bajet Johor 2018 tahun lalu.

Antaranya mewujudkan keperluan untuk belia memiliki pusat khusus menjalanka­n aktiviti keusahawan­an serta berkumpul untuk berbincang dan mendapat informasi terkini berkenaan Iskandar Malaysia iaitu Iskandar Malaysia Port Orang Desa (IMPOD) yang akan dilaksanak­an dengan peruntukan RM1.72 juta.

Selain itu, antara inisiatif yang sudah dan sedang dilaksanak­an adalah pembinaan Hab Belia Tempatan di Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat 2018.

Sehingga kini, pelbagai program dilancar dan dilaksanak­an di bawah kluster OMJ antaranya Johor Future, Sukarelawa­n Darul Ta’zim (SDT), Jambori SDT, Hari Belia, ruang pameran OMJ di Expo Johor Berkemajua­n tahun lalu, Sukan Muafakat Johor, Festival Seni Muafakat Johor dan Festival Permainan Tradisiona­l Johor.

Belia anak jati Johor, Khairunnis­a Mohd Arif, 23, menyedari banyak program untuk anak muda dilaksanak­an di negeri itu dan lebih menarik, ia turut mendapat sambutan yang baik daripada kelompok itu.

“Saya nampak Johor ada muafakatny­a, rakyat terutama golongan muda mengambil bahagian dalam pelbagai acara dianjurkan kerajaan negeri.

“Program seperti

SDT atau Duta Jauhar sememangny­a bukan saja menyasarka­n mahasiswa di peringkat universiti, malah menarik minat belia lain di luar sana,” katanya ketika ditemui, di sini.

Pelajar jurusan Kejurutera­an Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Amirul Aliff Mohd Hisham, 22, berkata, aktiviti dilakukan kerajaan Johor banyak memberi impak besar kepada belia terutama generasi mahasiswa.

“Ramai golongan belia mahasiswa memberi sokongan dan pembabitan dalam pelbagai insiatif yang dilaksanak­an antaranya program tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

“Walaupun berasal dari Melaka, saya yang belajar di sini jelas dapat melihat usaha kerajaan Johor meningkatk­an peranan kumpulan belia terutama mahasiswa di negeri ini,” katanya.

Bagi Wan Amirul Syahid Wan Hasan, 23, dia teruja selepas mendapat tahu Manifesto Barisan Nasional (BN) Johor turut mengangkat agenda OMJ yang menunjukka­n kerajaan negeri amat mengambil berat hal ehwal belia di negeri itu.

“Menerusi Manifesto OMJ, pasangan muda Johor yang berpendapa­tan RM3,000 dan ke bawah akan diberi bantuan sebanyak RM500 bagi yang pertama kali berkahwin.

“Selain itu, program Pasport Pertama Bangsa Johor iaitu pembiayaan RM50 untuk permohonan mendapatka­n pasport kali pertama bagi OMJ berusia 30 tahun ke bawah, sememangny­a inisiatif yang baik,” katanya.

Sementara itu, penuntut UTM berasal dari Bangi, Mohamad Azri Sufi Mahadzir, 23, berkata dia menaruh harapan tinggi pelbagai usaha akan dilakukan kerajaan Johor dalam membela nasib golongan muda.

“Saya bukan orang sini, tetapi apa yang saya dapat sangat banyak daripada pelbagai pelaksanaa­n program kerajaan negeri terhadap kumpulan anak muda terutama mahasiswa,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PELBAGAI program dilancar dan dilaksanak­an di bawah kluster OMJ.
PELBAGAI program dilancar dan dilaksanak­an di bawah kluster OMJ.
 ??  ??
 ?? Wan Amirul Syahid Wan Hasan ?? Menerusi Manifesto OMJ, pasangan muda Johor berpendapa­tan RM3,000 dan ke bawah akan diberi bantuan sebanyak RM500 bagi yang pertama kali berkahwin”
Wan Amirul Syahid Wan Hasan Menerusi Manifesto OMJ, pasangan muda Johor berpendapa­tan RM3,000 dan ke bawah akan diberi bantuan sebanyak RM500 bagi yang pertama kali berkahwin”
 ?? Khairunnis­a Mohd Arif ?? Program seperti SDT atau Duta Jauhar sememangny­a bukan saja menyasarka­n mahasiswa di peringkat universiti, malah menarik minat belia lain di luar sana”
Khairunnis­a Mohd Arif Program seperti SDT atau Duta Jauhar sememangny­a bukan saja menyasarka­n mahasiswa di peringkat universiti, malah menarik minat belia lain di luar sana”
 ?? Amirul Aliff Mohd Hisham ?? Walaupun berasal dari Melaka, saya yang belajar di sini jelas dapat melihat usaha kerajaan Johor meningkatk­an peranan kumpulan belia terutama mahasiswa di negeri ini”
Amirul Aliff Mohd Hisham Walaupun berasal dari Melaka, saya yang belajar di sini jelas dapat melihat usaha kerajaan Johor meningkatk­an peranan kumpulan belia terutama mahasiswa di negeri ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia