Harian Metro

Beli penonton FB

- Syed Umar Ariff dan Mohd Nasaruddin Parzi cnews@nstp.com.my

 Bentuk persepsi ceramah lebih popular di media sosial

Parti politik tertentu dikesan membeli penonton untuk memanipula­si Facebook (FB) Live dalam ceramahnya bertujuan meningkatk­an jumlah tontonan bagi membentuk persepsi kononnya mereka lebih popular menguasai media sosial.

Felo Pusat Pengajian Perangsara­f Media dan Informasi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, tindakan itu dibuat bagi mewujudkan rasa menang.

Beliau menyatakan teknik seperti ini dikesan dilakukan di satu ceramah politik dianjurkan parti tertentu di Jerlun, Kedah, di mana pautan FB Live dikongsi tiga laman FB berbeza.

“Ketiga-tiga saluran yang dibuka secara berasingan ini memiliki satu persamaan jumlah penontonny­a. Jika kita lihat betul-betul ceramah di Jerlun yang disiarkan di tiga laman FB berbeza mempunyai 14,000 penonton.

“Maksudnya, ada 14,000 menonton ketiga-tiga FB ini secara serentak. Secara logiknya, apabila kita menonton FB Live, adakah kita akan membuka tiga saluran sekali gus.

“Seolah-olah anda menonton tiga saluran televisyen serentak,” katanya. Semalam, pembangkan­g menganjurk­an ceramah politik di Dataran Haji Salleh Lebai Junus, Jerlun, Kedah dihadiri pemimpin utama termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad. “Mereka mungkin tidak menyedari kekhilafan yang dilakukan terutama apabila jumlah kenaikan dan penurunan penonton bukan saja pada jumlah sama, tapi juga pada masa sama,” katanya.

Menurutnya, ini bermakna jumlah penonton dimanipula­si secara elektronik kerana mustahil ketiga-tiga laman ini mempunyai jumlah penonton sama setiap masa.

Noor Nirwandy menjelaska­n teknik ini diguna bagi menaikkan semangat penyokongn­ya di samping bertujuan mempengaru­hi dan membentuk persepsi pengundi atas pagar terutama generasi muda, kelompok yang mesra dengan media sosial.

“Teknik ini perlu dikesan kerana ia boleh memberikan faktor penjelmaan palsu kepada kadar sokongan parti tertentu.

dan yang mungkin dijana hasil strategi manipulati­f dan pembelian digital akan membuatkan emosi masyarakat teruja dan menyertai perbuatan dan

katanya.

Hasil selidik dijalankan, beliau berkongsi pautan mengenai tawaran yang dibuat menerusi pasar gelap Internet yang menawarkan perkhidmat­an menjual tontonan atau penonton FB Live.

Beliau berkata, berdasarka­n pakej ditawarkan, dijual AS$14 (RM55.17) hingga AS$149.98 (RM591) bagi 100 hingga 1,000 penonton.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia