Harian Metro

30 ahli PKR tekad keluar parti

-

Berbaki dua hari lagi tarikh mengundi, seramai 30 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Kuala Kurau mengumumka­n keluar parti dan menyertai UMNO selepas kecewa kepemimpin­an parti mengabaika­n kebajikan orang Melayu.

Ketua Ranting PKR Pekan Kuala Kurau, Husin Aris, 43, berkata, dia yang sudah 10 tahun menyertai PKR tekad bersama rakan seperjuang­an meninggalk­an parti itu kerana kecelaruan dalam parti sejak menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kurau dua penggal lalu.

Katanya, perjalanan parti itu hanya kelihatan lancar pada peringkat awal kemenangan namun memasuki penggal kedua kebajikan kaum Melayu diabaikan.

“Hari ini, kami tekad dan secara rela hati keluar parti dan menyertai UMNO tanpa sebarang paksaan malah ianya turut diketahui penyandang DUN Kuala Kurau, Abdul Yunus

Jamahri.

“Tindakan ini dibuat

>>SPR beri jaminan bahawa undi adalah rahsia dan tidak boleh diketahui oleh sesiapa pun

berikutan kekecewaan terhadap pemimpin PKR (Abdul Yunus) yang lebih mengutamak­an kaum lain berbanding kaum Melayu.

“Dengan tindakan kami ini, Ranting PKR Pekan Kuala Kurau lumpuh sepenuhnya,” katanya dalam sidang media di Pejabat Operasi Pilihan Raya BN DUN Kuala Kurau di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Pilihan Raya BN DUN Kuala Kurau Datuk Jamaludin Rahim dan Calon BN kerusi itu Shahrul Nizam Razali.

Dalam pada itu,

Jamaludin berkata tindakan Husin dan rakan yang lain diibaratka­n ‘sirih pulang ke gagang’ berikutan kembali kepada BN dan UMNO secara rela hati.

“Mereka sebelum ini adalah ahli UMNO dan Husin juga dahulu pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO

Kuala Kurau.

“Tindakan mereka satu penghijrah­an sebenar dan tepat pada waktunya dalam memperjuan­gkan bangsa Melayu dan Islam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia