Harian Metro

Hargai sokongan media Kelantan

-

Kesibukan berkempen tidak menghalang calon muka baru Barisan Nasional (BN), Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong, Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin meluangkan masa mengunjung­i pejabat The New Straits Times Press (NSTP) Kelantan.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu itu meluangkan masa selama satu jam beramah mesra dengan kakitangan NSTP dan juga TV3 cawangan Kelantan.

Mohamed Hasnan berkata, beliau menghargai sokongan media yang membantu membuat liputan berita mengenai program yang dilaksanak­an terutama oleh UMNO Bahagian Kota Bharu, khususnya di kawasan DUN Bunut Payong.

“Pelbagai kemudahan diusahakan untuk kemudahan rakyat di DUN Bunut Payong antaranya pusat Internet di Lundang, selain mewujudkan Majlis Pemuafakat­an Guru bagi sekolah di kawasan berkenaan.

“Program ziarah kasih digerakkan secara berterusan bagi membantu golongan kurang bernasib baik termasuk pesakit kronik dengan menyediaka­n katil hospital, kerusi roda dan tongkat untuk keperluan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohamed Hasnan berkata, 5,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dirancang dibina di kawasan Parlimen

Kota Bharu sekiranya BN memenangi kawasan itu pada Pilihan Raya

Umum ke-14 (PRU14) ini.

“Kita dapati 12,000 penduduk memerlukan rumah di kawasan Parlimen Kota Bharu dan 1,000 unit rumah bagi projek PPR dibina di kawasan Kota Bharu.

“Bila BN tadbir negeri, ia akan memudahkan proses mendapatka­n kelulusan tanah bagi pembinaan PPR atau rumah mampu milik kepada rakyat dan lokasi yang sesuai memang ada di kawasan Tunjung dan Lembah Sireh, selain tanah yang dimiliki agensi kerajaan di sekitar kawasan Parlimen Kota Bharu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia