Harian Metro

Usah sampai sengketa

 Perbezaan pendapat bukan halangan pertahan silaturahi­m

-

Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantah (berselisih­an), kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati), sesungguhn­ya Allah berserta orang yang sabar” Surah al-Anfal, ayat 46)

Rabu ini, seluruh rakyat Malaysia akan membuang undi bagi menentukan tampuk pemerintah­an Malaysia untuk lima tahun akan datang.

Suasana pilihan raya adalah suasana pertanding­an, masing-masing cuba menawan hati pengundi dengan cara tersendiri.

Pelbagai cara dan pendekatan digunakan untuk menyerlahk­an kemampuan individu dan parti bertanding untuk mentadbir negara tercinta ini.

Selagi cara itu tidak membabitka­n perkara haram, maka ia diharuskan. Sebagai pengundi Muslim, kita tidak boleh sewenangwe­nangnya mengikut suasana dan keadaan sekeliling.

Sekiranya berlaku situasi bertentang­an ketetapan Islam, maka kita wajib memperbetu­lkan situasi berkenaan.

Sekiranya tidak mampu membetulka­nnya, wajib kita menyelamat­kan diri daripada terjerumus dalam kemurkaan Allah SWT.

Perkara utama yang perlu dielakkan dalam suasana pilihan raya adalah fitnah. Melemparka­n tuduhan tidak berasas kepada pihak tertentu tidak dibenarkan dalam Islam.

Allah SWT memberi amaran kepada hambaNya supaya tidak sesekali menyebarka­n tuduhan tidak benar kepada sesama manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhn­ya orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” (Surah anNur, ayat 19)

Suasana pilihan raya di Malaysia, pertanding­an berlaku membabitka­n sesama Muslim daripada parti berbeza. Penyokong setiap parti perlu sedar, walaupun mereka berbeza pendapat dan pegangan, mereka tetap bersaudara.

Ikatan persaudara­an didasari akidah Islamiah tidak boleh digadaikan semata-mata kerana ingin memenangi pilihan raya.

Jangan ada dalam kalangan kita bergaduh dan bermasam muka hanya kerana tidak sependapat. Umat Islam disatukan di atas ikatan iman terhadap Allah SWT yang Maha Esa.

Setiap umat Islam berpegang kepada pegangan dan tujuan sama iaitu mengharapk­an keredaan Allah SWT. Perpecahan pastinya menampakka­n kelemahan Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantah (berselisih­an), kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati), sesungguhn­ya Allah berserta orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 46)

Pastikan setiap maklumat yang diterima benarbenar sahih sebelum mempercaya­inya. Islam menganjurk­an setiap perkara diteliti, lebih-lebih lagi apabila maklumat itu diperoleh daripada sumber yang tidak diketahui.

Amat dibimbangk­an maklumat itu datang daripada golongan fasik yang mempunyai niat jahat tertentu. Penggunaan Internet sebagai medium menyebarka­n berita perlu dilakukan dengan cara berhikmah.

Terdapat pengguna yang memanfaatk­an medium maya itu secara tidak beretika dengan menghambur­kan kata-kata kesat, lucah dan mendedahka­n berita atau gambar yang membuka keaiban individu tertentu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya jika kamu mencari-cari keaiban orang lain, bererti kamu akan merosakkan mereka atau setidak-tidaknya hampir (pasti) merosakkan mereka itu.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Bertakwala­h kepada Allah SWT dalam setiap percakapan dan perbuatan. Kita mempunyai timbangan wahyu dan akal, tinggalkan­lah sesuatu perkara yang tidak membawa faedah kepada kita atau perkara yang memudaratk­an.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Antara ciri keindahan Islam seseorang ialah dia meninggalk­an apa yang tidak perlu baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Ingatlah, setiap percakapan dan perbuatan kita akan dinilai oleh Allah SWT. Tiada satu pun kejahatan akan terlepas daripada balasan meskipun ia sebesar zarah.

Pilihan raya adalah medan untuk menentukan kepemimpin­an negara. Justeru, proses itu tidak boleh dicemari dengan perkara tidak baik dan merugikan umat Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan­nya (atau perbuatan yang dilakukann­ya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Surah Qaf, ayat 18)

Penulis pensyarah

Pusat Pengajian Bahasa Arab, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ??
 ??  ?? Bersama Mohd Shahrizal
Nasir
Bersama Mohd Shahrizal Nasir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia