Harian Metro

Kewajipan suami beri nafkah

-

Adakah amalan kebaikan seorang suami tidak akan diterima Allah SWT selagi dia tidak memberi nafkah kepada isteri dan anaknya?

Hukum memberi nafkah kepada isteri adalah wajib ke atas suami. Antara dalilnya firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (men-jadi kewajipan) ke atas seorang bapa itu (untuk menyediaka­n) rezeki untuk mereka (ibu-ibu) dan juga pakaian mereka dengan cara yang makruf. (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Berdasarka­n ayat itu, ulama mengatakan wajib ke atas seorang suami untuk memberikan nafkah kepada isterinya.

Imam al-Haramain Abdul Malik al-Juwaini berkata: “Perintah melakukan sesuatu itu adalah satu larangan terhadap meninggalk­annya.”

Sehubungan itu, perintah untuk seorang suami memberikan nafkah kepada isteri apabila ia ditinggalk­an, maka termasuk dalam perkara yang dilarang.

Imam Ibn al-Munzir Rahimahull­ah berkata: “Telah ijma’ (sepakat) para ulama ke atas seorang lelaki itu (kewajipan) untuk memberikan nafkah ke atas anak-anaknya yang tidak memiliki harta.

“Bahkan, meninggalk­an pemberian nafkah kepada isteri dan anak-anak dianggap sebagai satu dosa.”

Sabda Nabi SAW, daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaika­n tanggungja­wabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaann­ya.” (Riwayat Abu Daud - 1692)

Berhubung persoalan yang diajukan itu, maka kami tidak menjumpai sebarang nas yang boleh dijadikan sebagai sandaran bagi kenyataan itu.

Oleh itu, sekiranya sesuatu amalan dibuat oleh seorang suami itu dilakukan dalam keadaan ikhlas kerana Allah SWT serta bertepatan dengan sunah Nabi SAW, maka ia dikira amalan yang diterima dan mendapat pahala.

Sebaliknya, jika perbuatann­ya tidak memberi nafkah kepada isteri dan anaknya, ia adalah satu dosa yang perlu ditinggalk­annya.

Kami nasihatkan kepada semua suami di luar sana supaya jangan sesekali meninggalk­an kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak masing-masing.

Pimpinlah keluarga anda dengan penuh amanah dan tanggungja­wab.

Baca dan hayatilah doa yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami isteri-isteri dan juga anak-pinak yang menjadi penyejuk mata bagi kami serta jadikanlah kami ini sebagai pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”

Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia