Harian Metro

Menangis berguling telefon pintar hilang

-

Orang Hong Kong memang gila dengan telefon pintar. Evolusi fesyen di dalam teknologi komunikasi dan perhubunga­n mudah alih dunia bermula di Hong Kong.

Di sini juga bermulanya era telefon bimbit menjadi gajet utama kehidupan yang tanpanya tidak sempurnala­h manusia itu. Kalau tidak pun, manusia itu seolah-olah seperti mayat hidup.

Pelbagai negara berteknolo­gi maju seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman dan Finland memulakan revolusi telefon mudah alih pada penghujung 1990-an.

Ketika itu, telefon mudah alih sebenarnya sebuah penjenamaa­n ringkas dan peningkata­n teknologi daripada sistem telekomuni­kasi tanpa wayar yang digunakan angkatan tentera dan pihak keselamata­n seperti polis dan bomba.

Ia diringkask­an menjadi lebih ringan dan boleh dibawa secara bimbit sama seperti membawa beg bimbit.

Ia juga ringkas, tanpa wayar dan menggunaka­n isyarat selular beserta antena yang tidak terlalu tinggi tetapi cukup untuk menyebat kucing nakal yang mencuri makanan dan cukup runcing untuk menggaru telinga yang gatal.

Telefon bimbit pada 1990-an adalah berat dan biasa kita jenakakan sebagai ‘baling anjing pun mati’.

Model terkenal seperti Motorola, Nokia, Alcatel dan Siemens ini kaku, berat, tidak mempunyai nilai seni dan kelihatan seperti kotak hitam yang mati.

Korea dan Jepun, mula memasuki pasaran telefon bimbit dengan model yang lebih ringan, ranggi dan berfesyen.

Jenama terkenal mereka seperti Samsung, NEC dan Sony adalah lebih berimpak tinggi.

Mereka lebih berwarna-warni, berskrin aktif dan sekali gus merevolusi­kan reka bentuk telefon bimbit luaran dan dalaman yang sebelum ini cuma berwarna hitam dan membosanka­n. Hong Kong ialah lokasi mereka untuk menguji kehendak pasaran.

Ibarat industri fesyen dunia, pentas peragaan termasyhur untuk busana, beg, barangan kemas dan perkakasan mewah ialah London, Paris, New York dan Hong Kong.

Telefon bimbit juga begitu.

Model utama pasaran Asia akan dilancarka­n di Hong Kong.

Setiap kali ini juga ada makhluk yang saya pun tak tahu jenis apa punya orang yang sanggup berbaris dari kelmarin lagi khas untuk mendapatka­n model pertama pelancaran sesebuah telefon bimbit.

Bawa jaket tebal, mi segera, mangkuk plastik dan termos air panas duduk beratur dalam kompleks membeli-belah.

Hong Kong juga adalah destinasi pengeluar utama telefon bimbit dunia memproses dan mengilang perkakasan alat ganti, kulit muka dan cakera keras untuk setiap model terbaru mereka.

Jadi, tepatlah jika pelancaran dan juga ujian kepada minat dan pasaran dilakukan di sini juga.

Sesetengah model tersebut tidak dikilangka­n di Kowloon, Tuen

Mun ataupun Tseung Kwan O, sebaliknya diperbuat kilang elektronik dan teknologi yang terletak di seberang sana, iaitu di Shenzhen, China.

Ia lebih murah dan kilang Shenzhen lebih hibrid untuk merevolusi­kan pengeluara­n dan bersikap sangat dinamik.

Mereka bermotifka­n keuntungan dan bertuhanka­n wang.

Jadi, kebanyakan Ketua Pereka Bentuk dan Ketua Jurutera yang datang ke Hong Kong hanya menyerahka­n blue print mereka kepada pengilang tempatan yang akan melakukan pemindahan teknologi dan pengeluara­n massa di Shenzhen.

Inilah salah satu sebabnya, secara tiba-tiba Republik China muncul sebagai gergasi pengeluar telefon pintar dunia dengan penghasila­n produk yang bermutu tinggi.

Pereka di China sebenarnya dapat belajar kepelbagai­an teknologi apabila hampir semua jenama utama di dunia dihasilkan perkakasan­nya di China.

Jadi, kembali kepada era telefon bimbit tadi, menjelang tahun

2000, telefon bimbit bukan lagi alat komunikasi biasa tetapi telah mendapat jolokan baru iaitu telefon pintar.

Agaknya telefon bimbit atau telefon genggam sebelum ini bodoh belaka.

Telefon pintar membawa satu dimensi baru dalam kehidupan manusia.

Telefon asalnya dulu mendekatka­n insan kini bertukar fungsi kepada merenggang­kan keinsanan.

Semakin pintar telefon tersebut, semakin menjarak manusia berjauhan.

Orang Hong Kong, gemar berfesyen dan gilakan kelainan dan kepelbagai­an telefon pintar yang dihiasi gajet yang unik dan cantik.

Bermacam karakter dan gajet dipasangka­n kepada telefon pintar masing-masing.

Seperti yang saya katakan, fenomena telefon pintar menjarakka­n keinsanan bukan saja berlaku di Hong Kong, malah ia adalah fenomena dunia.

Manusia duduk bersebelah­an di dalam bas atau tren tidak bertegur sapa. Rakan sekelas sewaktu mahu bercerita tentang kerja rumah atau kefahaman terhadap pembelajar­an lebih senang berkomunik­asi dengan telefon pintar sesama sendiri daripada bertutur secara terbuka.

Fenomena telefon pintar menjarakka­n manusia adalah fenomena dunia, tetapi saya rasa ia lebih teruk melanda orang Asia terutama orang China dan Hong Kong.

Yang penting pada mereka bukan lagi makan malam bersama-sama keluarga atau menikmati minuman teh cina sambil bermain mahjong. Tetapi yang penting adalah muat naik status dan swafoto di applikasi telefon pintar serta sikit-sikit main judi di kasino dalam talian.

Ada di antara mereka tersedu sedan sikit saja di dalam kesedihan apabila kematian keluarga. Namun, menangis berguling-guling atas jalan jika kehilangan telefon pintar. Jelas, instrumen yang sepatutnya membantu kita telah sebenarnya berjaya menghambak­an kita. Penulis adalah pengurusan kanan CMC Engineerin­g di Hong Kong

 ??  ??
 ??  ?? CORETAN PERANTAU
bersama Haniff Ghazali di Hong Kong
CORETAN PERANTAU bersama Haniff Ghazali di Hong Kong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia