Harian Metro

‘Sedih’ hingga kering air mata

Hampir 70 peratus drama Makmum Yang Paling Aku Cinta perlukan Bella menangis

- DARI MUKA R27

Disebabkan sesi itu ringkas dan pendek, Bella bertuah kerana guru itu sanggup datang ke lokasi drama untuk mengajar dari babak ke babak lain.

Jika tidak sempat berguru secara berdepan, mereka akan berinterak­si melalui panggilan video.

Bella juga lega kerana dialog yang perlu diterjemah­kan tidak terlalu panjang sebaliknya perlu melebihkan lakonan dari segi ekspresi wajah.

“Watak ini sentiasa berada dalam murung dan trauma kerana kejadian ngeri yang menimpanya ketika kecil. Nailufar bisu disebabkan trauma, bukan bisu sejak lahir.

“Apabila berjumpa

Amru (lakonan Nazrief), kehidupann­ya mula berubah dan melalui dugaan lain pula. Selepas menjalani

Watak ini sentiasa berada dalam murung dan trauma kerana kejadian ngeri yang menimpanya ketika kecil. Nailufar bisu disebabkan trauma, bukan bisu sejak lahir

terapi, dia kembali bercakap,” katanya mengenai watak itu.

Cabaran lain perlu dilalui Bella adalah hampir 70 peratus daripada keseluruha­n 30 episod drama ini memerlukan­nya menangis.

Katanya, disebabkan selalu menangis, dia pernah ‘kering air mata’ pada hari-hari terakhir penggambar­an tetapi berterima kasih kepada Nazrief yang turut ‘memberi’ lantas memudahkan mereka menghabisk­an babak itu.

‘KENALI SAYA SEBAGAI BELLA DALLY’

Walaupun sudah membina nama melalui beberapa drama seperti Vanilla Coklat, Qalesya dan beberapa lagi, nama

Bella seolah-olah tenggelam selepas mengambil keputusan bertudung.

Bella berkata, ketika itu dia sukar mendapat tawaran berlakon,namun selepas melantik pengurus, kerjayanya kembali konsisten.

“Orang pun sudah lama tidak nampak saya di kaca TV, jadi saya buat keputusan mengambil khidmat pengurus supaya lebih senang bekerja,” katanya menafikan populariti­nya menurun selepas berkahwin.

Bella berkata, pada usia 27 tahun ini dia mahu melakukan sesuatu yang boleh dibanggaka­n sebelum usianya mencecah 30 tahun.

Disebabkan itu, dia cuba bergerak sendiri dan mahu orang mengenalin­ya sebagai Bella Dally, bukan sekadar isteri kepada pelakon Nazim Othman.

Biarpun sangat menyayangi suaminya itu, Bella tidak mahu terus dibayangi suami tatkala bercakap mengenai kerjaya seni.

Bagaimanap­un, dia sedar, selagi kedudukan mereka sebagai selebriti, rumah tangga pasti akan diperkatak­an.

Apatah lagi, selepas dua tahun bergelar suami isteri, pasangan itu belum dikurniaka­n cahaya mata.

Katanya, tahun ini dia mahu fokus dengan kerjaya dan mahu mencapai sesuatu yang boleh dibanggaka­n.

Malah, soal cita-cita dan impian ini tidak dihalang suaminya sebaliknya mereka berdua setuju untuk merancang soal zuriat.

“Mulut orang tidak boleh tutup, kita buat baik atau buruk, orang akan tetap bercakap dan sebab itulah saya serta suami sudah tidak kisah. Kami mahu kekal positif, itu saja.

“Kami okey saja. Saya tidak tahu kenapa orang kata kami hanya mesra apabila berhadapan masyarakat tetapi di belakang berbeza,” katanya ketawa.

‘ADA PASANG SURUT JUGA’

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Bella mengakui rumah tangganya juga ada pasang surut.

Katanya, dia bersikap terbuka dan ‘sporting’ tetapi faham suami juga ada ruangnya sendiri dan tidak menafikan dia seorang yang pentingkan kesempurna­an.

“Ya! Dia seorang yang pentingkan kesempurna­an tetapi dia tidak mahu mengaku. Jadi saya kenalah terima kekurangan dan kelebihan yang dia ada.

“Saya ikutkan saja caranya dan syukur saya seorang yang ‘cool’. Saya kena bersikap begitu sebab kalau naik ‘hantu’, habislah! Saya dapat terima kekurangan dan kelebihan kerana mencintain­ya,” katanya.

Katanya, selama enam tahun bercinta sebelum berkahwin, banyak perkara yang sudah diketahui antara mereka berdua.

 ??  ??
 ?? SOLEKAN FOTO
INSTAGRAM
BUSANA TUDUNG ??
SOLEKAN FOTO INSTAGRAM BUSANA TUDUNG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia