Harian Metro

Sandra tak duduk diam

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Terus berkarya sepanjang

5 bulan menyepi, kini muncul dengan single duet

Walaupun namanya tidak serancak dulu, Sandra tidak pernah menghilang dari industri muzik.

Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria berkata, sepanjang lima bulan menyepi, dia tidak hanya duduk berdiam diri.

“Dalam tempoh itu, saya terus berkarya. Pada masa sama, saya mengkaji dan mencari muzik jenis apa dimahukan pendengar hari ini,” katanya.

Tidak hanya bergerak solo, Sandra juga menganggot­ai kumpulan Dona bersama dua anggota lain iaitu Mell Ahmad dan Lii.

“Itu projek khas saya bersama Mell dan Lii. Kami pernah keluarkan single berjudul Rasa.

“Selain lagu sendiri, kami sering rakamkan lagu saduran. Ada lagu yang kami nyanyikan semula tidak popular, jadi kami susun semula muziknya dan berikan nafas baru,” katanya.

Menurut Sandra, pernah timbul rasa kecewa apabila single kedua dan ketiganya tidak mendapat sambutan rancak sebagaiman­a single pertama, Hey Kau.

“Memang ada rasa kecewa, tapi saya tak mahu itu jadi punca untuk mengalah. Mungkin ketika lagu Hey Kau muncul, ia kena dengan identiti saya.

“Kemudian, apabila saya keluarkan lagu berentak balada, ia umpama ‘kejutan’ buat peminat dan ramai yang kurang terima genre itu dinyanyika­n saya,” katanya.

Terbaru, Sandra kini muncul dengan single duet bersama penyanyi baru, Ryan Deedat menerusi lagu berjudul Salimah.

“Ini single duet pertama saya. Proses rakamannya berlangsun­g dengan pantas dan dilancarka­n pada November tahun lalu.

“Prosesnya mudah, mungkin kerana jarak usia kami tak terlalu jauh, membuatkan keserasian itu ada,” katanya.

Menurut Sandra, lagu itu juga mungkin akan dihasilkan dalam bahasa Latin.

“Itu apa yang saya dengar dan khabarnya ia akan dinyanyika­n penyanyi

Latin. Jadi, sama-sama kita nantikan hasilnya,” katanya.

Selain itu, penyanyi kelahiran Sabah ini terbuka untuk terjun ke bidang lakonan sekiranya ada peluang.

“Kalau ada tawaran, kenapa saya perlu tolak, kan? Selagi ada peluang untuk belajar dan cuba benda baru, saya akan ambil dan cabar diri,” katanya.

Selain itu, Sandra juga bakal hadir dengan satu lagi single bersama Ben Zulu menampilka­n Zizi Kirana, Julai ini.

“Single ini diterbitka­n Malique. Ini pengalaman pertama saya bekerja dengannya dan apa yang boleh saya katakan, semuanya mudah,” katanya.

 ??  ?? Pada masa sama, saya mengkaji dan mencari muzik
jenis apa dimahukan pendengar
hari ini
Pada masa sama, saya mengkaji dan mencari muzik jenis apa dimahukan pendengar hari ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia