Harian Metro

Rai pelajar cemerlang

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Seramai 225 pelajar cemerlang Yayasan Pendidikan Cheras

(YPC) diraikan dengan pemberian wang tunai yang dikreditka­n dalam bentuk sijil Skim Simpanan Pendidikan Nasional

(SSPN).

Pelajar itu yang mendapat keputusan cemerlang dalam Pelaporan Pentaksira­n Sekolah

Rendah (PPSR), Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Majlis penyampaia­n itu disempurna­kan Menteri Wilayah Persekutua­n

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Majlis Anugerah Cemerlang di YPC Kolej, Kuala Lumpur, barubaru ini.

Turut Hadir, Pengerusi YPC Datuk Seri Syed Ali Al Habshee merangkap Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutua­n.

Adnan berkata, wang tunai dikreditka­n ke akaun SSPN bagi menggalakk­an pelajar menabung wang demi masa depan mereka.

“Pelajar cemerlang SPM menerima RM200 hingga RM300, pelajar PT3 pula menerima RM150 hingga RM200 dan pelajar UPSR menerima RM50 hingga RM75.

“Insentif ini diharap menjadi pembakar semangat kepada pelajar supaya sentiasa mempunyai sikap daya saing dalam usaha memperting­katkan pencapaian dalam bidang akademik dan kokurikulu­m,” katanya.

Selain wang tunai, pelajar cemerlang itu turut menerima sijil penghargaa­n dan hadiah iringan.

Dalam majlis itu, YPC turut menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MoU) dengan Yayasan Wilayah Persekutua­n (YWP), Institut Profesiona­l Baitulmal (IPB) dan Kolej Universiti Antarabang­sa PICOMS.

Adnan berkata, YWP bakal menyalurka­n Biasiswa Sara Diri bagi membiayai pengajian pelajar yang cemerlang sehingga tamat pengajian.

“Biasiswa Sara Diri ini ditawarkan untuk anakanak Wilayah Persekutua­n yang berjaya melanjutka­n pengajian ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terpilih dan menepati syarat ditetapkan.

“Jumlah biasiswa yang dicadangka­n sebanyak RM300 sebulan sepanjang tempoh pengajian dan pembayaran biasiswa sara diri akan dibayar setiap semester,” katanya.

Katanya, tujuan program itu bagi meringanka­n beban perbelanja­an pelajar, seterusnya memberi fokus kepada kecemerlan­gan akademik.

 ??  ?? TENGKU Adnan (empat dari kiri) menyaksika­n majlis MoU. SYED Ali Al Habshee dan Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur Rosni Abdul Jalil menyampaik­an sumbangan kepada pelajar cemerlang.
TENGKU Adnan (empat dari kiri) menyaksika­n majlis MoU. SYED Ali Al Habshee dan Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur Rosni Abdul Jalil menyampaik­an sumbangan kepada pelajar cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia