Harian Metro

Peranan besar persatuan di IPT

-

DARI MUKA N33

Pemimpin kelab dan persatuan mahasiswa perlu berada di barisan hadapan mempertaha­nkan universiti daripada serangan maklumat negatif yang di sebarkan pihak tertentu di media sosial.

Oleh itu, mahasiswa dan pemimpin atau Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) perlu sentiasa bersedia membantu IPT atau universiti menyalurka­n maklumat positif dan benar dalam usaha membasmi penularan berita palsu yang dibuat pihak tertentu.

Pengarah Pusat Transforma­si Komuniti Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Madya Dr Mohad Anizu Mohd Nor berkata, pemimpin kelab dan persatuan seharusnya menjadi teladan atau model contoh kepada mahasiswa lain.

Katanya, mereka perlu mendapatka­n penjelasan lanjut daripada pihak pengurusan tertinggi universiti dalam sesuatu isu seperti dekan, pendaftar, timbalan naib canselor, naib canselor atau daripada mana-mana pihak yang terbabit dengan isu negatif yang disebarkan itu.

“Mereka perlu mendapatka­n info dan fakta yang sebenar berkenaan berita yang disebarkan sama ada ia benar atau palsu.

“Seandainya terbukti palsu, pemimpin kelab dan persatuan ini mesti mencari jalan untuk menyatakan perkara yang sebenar melalui penggunaan media sosial seperti WhatsApp, Facebook, emel dan sebagainya.

“Tindakan segera perlu diambil supaya berita negatif ini tidak mengeliruk­an masyarakat di luar kampus,” katanya.

Katanya mereka juga perlu mengambil peluang menerangka­n perkara yang sebenar kepada semua ahli kelab dan persatuan khususnya selain semua warga kampus umumnya.

Pemimpin siswa itu adalah benteng kepada

IPT kerana mereka ialah kumpulan mahasiswa yang terpilih untuk memimpin kelab dan persatuan.

“Mereka kumpulan mahasiswa yang menjadi penyokong dan pendokong kuat kepada universiti. Bila ada berita negatif yang diterima, mereka jangan terburu-buru mempercaya­inya.

“Sebagai tulang belakang universiti yang mewakili semua mahasiswa, pemimpin kelab dan persatuan seharusnya mengambil langkah bijak dengan mendapatka­n penjelasan dari pihak yang dikaitkan dengan berita negatif itu.

“Ini yang dikatakan kepemimpin­an melalui teladan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Rekreasi Campus Lifestyle

 ??  ?? BERHATI-HATI dengan berita atau maklumat dari media sosial.
BERHATI-HATI dengan berita atau maklumat dari media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia