Harian Metro

Bimbing lepasan SPM

-

“Buku Jalanan @ Shah Alam turut menyajikan beberapa aktiviti tambahan bagi kanak-kanak dan remaja termasuk seni pasir serta permainan buih.

“Beberapa pelajar dan alumni UniKL MIIT dijemput untuk sesi percambaha­n minda bagi berkongsi pengalaman mereka berkenaan jurusan yang diambil dan penyertaan mereka dalam bidang kokurikulu­m di UniKL MIIT,” katanya.

Katanya, program itu juga menyediaka­n panduan dan bimbingan kepada pengunjung terutama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkenaan minat atau kecenderun­gan mereka memilih bidang jurusan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).

Aktiviti yang digarap itu dapat membantu meningkatk­an kesedaran orang ramai berkenaan kepentinga­n membaca.

Buku Jalanan @ Shah Alam adalah salah satu projek tanggungja­wab sosial universiti (USR) membabitka­n 25 sukarelawa­n dari Universiti Kuala Lumpur MIIT.

Program itu juga berjaya mengumpul RM2,000 hasil sumbangan orang ramai. -Fazurawati Che Lah mencipta perubahan positif dalam diri.

“Apa yang diterapkan ialah bagaimana membentuk keyakinan diri, membuat perubahan dan memimpin diri sendiri dan organisasi,” katanya.

Katanya, SPACE 2018 menyediaka­n modul yang direka rapi bersesuaia­n dengan peringkat umur remaja.

“Istimewany­a berbanding dengan program kepimpinan lain apabila ia tidak hanya membabitka­n ceramah atau cenderung komunikasi satu arah saja.

“Ini kerana sedikit sebanyak akan mempengaru­hi tahap penerimaan pelajar yang disebut sebagai ‘learning state of the student,” katanya.

Katanya, sepanjang program pelajar diberi peluang mempelajar­i konsep kepemimpin­an berkesan menggunaka­n kaedah ‘multiple intelligen­ce’ dan ‘accelerate­d learning’.

Pelajar juga diajar menetapkan matlamat kepemimpin­an diri melalui kaedah yang diberi nama S.M.A.R.T.

 ??  ?? PESERTA bergambar kenangan selepas program.
PESERTA bergambar kenangan selepas program.
 ??  ?? KANAK-KANAK gembira bersama sukarelawa­n.
KANAK-KANAK gembira bersama sukarelawa­n.
 ??  ?? HASIL mewarna oleh kanak-kanak.
HASIL mewarna oleh kanak-kanak.
 ??  ?? PERMAINAN yang diadakan.
PERMAINAN yang diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia