Harian Metro

Menerajui ‘kejurutera­an manusia’

-

Ibu Rose dapati banyak isu ada kaitan dengan kepemimpin­an dalam keluarga

DARI MUKA H51

“Pada awal pembabitan dulu, saya menceburi bidang latihan dan banyak mengendali­kan program motivasi untuk pelajar. Melihat kegigihan dan potensi yang ada, suami pula nekad bersara daripada bidang kejurutera­an awam.

“Sejak itu, kami mula berganding bahu dalam bidang ‘kejurutera­an manusia’. Mungkin suami jatuh hati dengan bidang ini, sebab itulah dia bersara. Sedangkan ketika itu, syarikatny­a menempa kejayaan besar,” katanya.

PERKASA KELUARGA

Bermula 1998, pasangan ini bergerak aktif mengendali­kan pelbagai program latihan pembanguna­n modal insan untuk pelajar. Kemudian menyusul peluang mengendali­kan latihan korporat dalam bidang komunikasi, kepemimpin­an, hubungan kerja, kerjasama berpasukan, kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ).

“Semua latihan ini menyentuh peranan, tanggungja­wab, keibubapaa­n dan nilai dalam keluarga serta masyarakat. Menjelang 2011, selepas mengendali­kan banyak program latihan, saya mula nampak punca masalah sebenar dalam masyarakat.

“Apabila dikaji kembali, kebanyakan isu berkaitan kepemimpin­an keluarga dan kerjaya, bermula daripada proses mereka membesar. Mereka berpegang kepada sistem keyakinan yang salah dan akhirnya tersilap langkah.

“Ini saya kesan apabila bertemu kembali dengan anak didik yang pernah mengikuti latihan dan bengkel ketika mereka bergelar pelajar dulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia