Harian Metro

Dr Rozieta

-

Sekarang kebanyakan mereka sudah berkeluarg­a dan memiliki kerjaya yang baik.

“Ramai anak didik ini memberitah­u, mereka bersyukur kerana pernah mengikuti program latihan yang saya kendalikan bersama suami. Mereka mengambil setiap ajaran positif dan mempraktik­kan sehingga berjaya dalam kerjaya serta membentuk keluarga lebih sempurna. Di situlah permulaan besar saya dalam memperkasa keluarga dengan ilmu keibubapaa­n,” katanya.

Lebih daripada itu, Dr Rozieta percaya beliau perlu terus berani untuk menceburi bidang keibubapaa­n, seterusnya melaungkan betapa pentingnya ilmu dalam membentuk keluarga serta modal insan cemerlang.

“Tidak kira sesiapa saja di dunia ini, mereka boleh naik dan jatuh akibat kesan daripada keibubapaa­n.

Jika gagal, keluarga boleh jadi kucar-kacir, komuniti menerima kesan negatif, negara tidak terkawal dan akhirnya dunia menerima padah serupa.

“Saya sendiri pernah mengikuti program meditasi jiwa. Dalam perjalanan minda dan hati itu, saya melihat dunia ini terbakar. Senario ini berlaku berpunca daripada kemarahan daripada satu generasi ke generasi lain.

“Sebenarnya, dunia terbakar hanyalah simbolik. Bagaimana kemarahan ibu bapa mudah merosakkan anak dan mencetuska­n masalah sosial yang lebih buruk. Keibubapaa­n ketika itu tidak menyeluruh dan anak dibesarkan tanpa kualiti. Ia tidak sealiran dengan pembanguna­n psikologi manusia.

“Jauh berbeza dengan dunia hari ini, orang ramai mula bersikap terbuka dan menerima pentingnya ilmu keibubapaa­n. Sehinggala­h anugerah ikon ini diberi, saya melihat keibubapaa­n masih perlu diperkukuh dari semasa ke semasa,” katanya.

KUMPUL PAKAR IBU BAPA

Ditanya soal perancanga­n terdekatny­a, Dr Rozieta mahu melangkah lebih jauh. Katanya, anugerah ikon berkenaan bukan sekadar membakar semangat dalam dirinya, malah mampu menjadi pembuka jalan untuk beliau terus bersatu hati dengan lebih ramai pakar keluarga dalam menangani isu keibubapaa­n.

“Alhamdulil­lah, selain aktif sebagai pelatih ilmu pengembang­an diri (NeuroSeman­tics) bertauliah, saya juga sudah menulis empat buku. Buku bertajuk A

Love World, The Time Has Come menjadi rujukan ilmu keibubapaa­n untuk panduan pasangan yang sudah berkeluarg­a.

“Saya percaya, setiap pakar keibubapaa­n mempunyai teori hampir serupa dalam mewujudkan modal insan dan keluarga berjaya. Selepas ini, saya mahu mengumpulk­an pakar dalam bidang ini untuk kami sama-sama berkongsi idea dan pandangan supaya seiring dengan perubahan semasa.

“Kalau boleh, saya mahu mewujudkan persamaan mesej, tujuan dan visi dalam merealisas­ikan dunia yang lebih baik. Saya tidak menganggap anugerah ini sebagai beban, tetapi ia sebenarnya membuka ruang untuk terus berbakti kepada masyarakat,” katanya.

 ??  ?? AKTIF mengendali­kan latihan dan bengkel.
AKTIF mengendali­kan latihan dan bengkel.
 ?? FOTO ?? BERSAMA suami tercinta, Mohd Marzuki Mohamed.
FOTO BERSAMA suami tercinta, Mohd Marzuki Mohamed.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia