Harian Metro

Formulasi beri kesan positif

-

Perniagaan bermula apabila cari jalan terbaik bantu

kurang penderitaa­n anak

DARI MUKA H51

“Kami sedar penyakit ringan sebegini juga menjadi antara punca anak mudah diserang sawan ketika itu. Apabila penyakit berlarutan, dia cenderung mengalami jangkitan paru-paru hingga berdepan risiko maut.

“Mahu atau tidak, saya dan suami mencari jalan terbaik membantu mengurangk­an penderitaa­n anak. Mungkin sudah tersurat rezeki, kami bertemu penyelesai­an melalui pati tumbuhan dan bungaan yang digabungka­n dengan terapi urutan,” katanya.

Apabila difikirkan mengenai situasi dilalui, Nur Shazren yakin masih ramai ibu bapa lain turut mencari penyelesai­an bagi masalah sama.

“Terapi yang saya temui memberi kesan positif terhadap anak, malah adiknya juga menggunaka­n formulasi yang sama. Jadi, selepas yakin dengan manfaat dan kebaikan rawatan, kami sepakat berkongsi pengalaman dengan lebih ramai orang.

“Pada masa sama, kami juga menghantar sampel untuk diuji sebelum formulasi berkenaan disahkan terbaik oleh beberapa makmal dan universiti tempatan,” katanya.

CABARAN DUNIA USAHAWAN

Tidak lengkap perjalanan usahawan baru tanpa cabaran. Menurut ibu kepada tiga anak ini, terjun ke bidang perniagaan tanpa asas dan pengalaman memberi ujian besar buat dirinya dan suami.

“Bekerja dalam sektor korporat sangat berbeza dengan dunia perniagaan. Bagaimanap­un, saya bersyukur kerana kami mampu bermula secara kecil-kecilan di rumah hanya bermodalka­n RM600.

“Ketika itu, semua urusan perniagaan seperti memproses, membungkus, memasarkan, mengepos dan mendapatka­n maklum balas pengguna dilakukan sendiri.

“Sebelum itu, saya juga pernah jatuh dalam perniagaan. Saya menjual barangan keperluan bayi dan wanita di pejabat secara sambilan. Empat tahun lalu, saya dan suami turut membuka kedai rangkaian perkhidmat­an logistik dengan modal hampir RM50,000. Malangnya, kami hanya mampu bertahan sehingga tujuh ke lapan bulan kerana

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia