Harian Metro

Nur Shazren

-

tidak mempunyai ilmu, kepakaran dan jiwa dalam perniagaan,” katanya tersenyum.

Sekalipun kerugian puluhan ribu ringgit itu meninggalk­an pengalaman menyakitka­n, wanita ini masih meneruskan usahanya menjual barangan keperluan bayi di pejabat.

“Sehinggala­h dua tahun lalu, saya mengajak suami untuk serius dalam perniagaan. Kami bawa formula minyak aromaterap­i, tubuhkan jenama Narinar dan menuntut ilmu daripada ramai guru serta menyertai kelas perniagaan secara terus atau digital.

“Alhamdulil­lah, perniagaan kami terus berkembang. Ternyata ilmu sangat penting untuk kita berjaya dalam hidup.

Saya sendiri menyambung pengajian Diploma Aromaterap­i dan Psikologi Kanak-Kanak dan memiliki pensijilan khas terapi urutan bayi yang diiktiraf oleh Persatuan Urutan Bayi Antarabang­sa (IAIM).

“Saya tanamkan tekad untuk sentiasa merendah diri. Jangan sombong untuk belajar dengan siapa saja yang kita rasa mempunyai pengalaman walaupun umur mereka jauh lebih muda.

KONGSI ILMU DI TAIWAN

Kata orang, usaha tangga kejayaan. Selepas melalui perit getir menuntut ilmu dan mengusahak­an jenama sendiri, Mac lalu, Nur Shazren dijemput IAIM di Taiwan untuk berkongsi pengalaman serta memperkena­l dan mempromosi­kan amalan urutan bayi di Malaysia.

“Saya diminta membentang­kan pengalaman di hadapan lebih 500 delegasi di Simposium Antarabang­sa untuk Sentuhan, Ikatan Kekeluarga­an dan Kesihatan Anak-Anak Kecil anjuran IAIM Taiwan.

“Ia satu penghargaa­n dan pengalaman yang cukup mahal dalam hidup saya. Bukan sekadar dapat berkongsi pengalaman, saya juga melihat bagaimana masyarakat di negara maju menerapkan nilai kasih sayang dalam pembentuka­n institusi keluarga.

“Saya harap satu hari nanti Malaysia juga bergerak ke arah sama dan mempunyai institusi keluarga yang kukuh dengan kasih sayang menerusi amalan terapi sentuhan atau urutan bayi demi melahirkan generasi pemimpin hebat,” katanya.

Jelas Nur Shazren dia bukanlah mengejar nama untuk menjadi inspirasi pada wanita, namun sekadar berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu.

“Saya membesarka­n anak kecil yang mempunyai penyakit kronik dan hampir berputus asa dalam hidup.

“Syukur kepada Allah SWT, dengan sedikit ilmu, saya berjaya melangkaui masa sukar dan mengukir kejayaan hari ini,” katanya. -Intan Mas Ayu Shahimi

 ??  ?? KETIKA memenuhi undangan di Taiwan.
KETIKA memenuhi undangan di Taiwan.
 ??  ?? NUR Shazren bersama suami.
NUR Shazren bersama suami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia