Harian Metro

Si kembar penjual cakoi

- Kusyi Hirdan wanitametr­o@hmetro.com.my

Penulis memang penggemar cakoi. Jika ternampak cakoi, jarang melepaskan peluang membelinya. Namun hati sering kecewa apabila mendapat hasil yang kurang memuaskan. Ada yang rasanya pekat dengan soda bikarbonat. Ada pula yang keras, liat dan teksturnya berat.

Kata orang, membuat cakoi mudah saja, lebih senang daripada donat. Namun entah mengapa, sukar mendapat yang menepati selera.

Menurut guru masakan, Cikgu Siti Zarina Lahuri, cakoi adalah makanan asal kaum Cina. Bentuknya panjang berkembar. Bahagian dalam berongga. Orang Cina biasa makan cakoi dengan bubur. Fakta ini memang menjadi pegangan dalam menilai dan memberi markah kepada cakoi yang baik.

Peluang menikmati cakoi di pekan Kuala Kubu Bharu nyata tidak mengecewak­an. Melihat orang beratur panjang, kita boleh mengagak mesti rasanya sedap menyebabka­n peminat kuih goreng ini tidak kisah menunggu lama.

Strategi perniagaan mereka juga unik. Tidak seperti kebanyakan peniaga lain yang mempelbaga­ikan jualan, mereka hanya ada satu produk - cuma cakoi yang sedap dan ia menjadi idaman pembeli. Penjual juga dapat fokus memberi hasil yang terbaik.

Peniaga yang terdiri daripada tiga gadis manis sibuk melayan pelanggan yang kebanyakan­nya membeli untuk dibawa pulang. Cakoi yang dijual ditempa dan diisi inti di situ juga. Pembeli akan mendapat cakoi yang segar kerana ia dimasak di depan mata mereka.

Tiga anak muda itu tekun menyiapkan tempahan pelanggan. Tangan mereka pantas bekerja dan membahagik­an tugas. Dua daripada mereka menarik perhatian kerana berpakaian sama hari itu. Malah, mereka juga mempunyai wajah yang sama! Kembar rupanya!

Allyna Syafiqah dan Allysa Syafina Azman,

19, memberitah­u, sejak kecil lagi mereka sudah membantu perniagaan keluarga yang sudah bertapak lebih 21 tahun itu.

“Sebelum ini hanya tolong menggoreng dan membungkus. Dari kecil lagi emak, Rahimah Gumri, 46, sudah bawa kami ke lokasi perniagaan untuk membantu. Dulu setiap kali cuti sekolah, kami tidak menolak apabila diajak untuk menemani emak mencari rezeki. Emaklah yang mengajar selok-belok membuat cakoi,” kata Allyna Shafiqah.

Selepas SPM baharu mereka benar-benar mendalami perniagaan cakoi. Daripada membuatnya hinggalah berhadapan dengan pelanggan dan mengambil keputusan menangguhk­an keinginan menyambung pelajaran.

“Kami mahu tolong emak dan kalau boleh mengembang­kan perniagaan­nya. Kami berharap satu hari nanti boleh miliki kedai sendiri,” katanya sambil tersenyum manis.

Keluarga ini bertuah kerana anak mereka bersemanga­t mahu menyambung memasarkan produk mereka yang popular dan sedap itu.

“Sekarang, Mama

Cakoi KKB mempunyai dua cawangan iaitu di

Kuala Kubu Bharu dan Kalumpang. Cawangan kedua di pasar pagi Kalumpang baru dibuka tiga tahun lalu,” sambungnya sambil tangan ligat membungkus cakoi.

Berbanding anak muda lain yang mahu mengikut arus moden dalam menentukan masa depan, dua anak muda ini berfikir sebaliknya. Apa jua kerja, sekiranya dibuat penuh

Kuih hasil resipi ibu ternyata diminati ramai

tekun dan terbaik pasti menjamin masa depan.

Mereka tidak kisah bergeluman­g dengan tepung dan minyak. Suasana panas tidak menghalang mereka bekerja dengan tangkas. Senyuman manis sentiasa diberi. Dua beradik ini mengakui ada kala mereka terasa penat tetapi puas hati apabila pelanggan menyukai cakoi mereka.

Allyna dan Allysa memberitah­u, mereka seronok berniaga dan berazam mahu terus mengekalka­n resipi cakoi emak yang ternyata diminati ramai.

Tidak hanya berniaga di kedai yang dibuka setiap hari dari jam 2 petang hingga 7 malam, keluarga Allyna dan Allysa juga mengambil tempahan katering. Ramai yang mahu menjamu tetamu dengan cakoi ini. Tidak kira majlis kecil atau kenduri-kendara, kehadiran cakoi menjadi hidangan istimewa.

Ditanya mengapa cakoi mereka begitu digemari, Allyna menjawab, ia kerana resipi warisan keluargany­a. Sejak sekian lama, resipi itu tetap yang asli yang tidak diubah suai.

“Keistimewa­annya, ia tetap lembut walaupun sudah sejuk. Setiap hari kami menggunaka­n 20 hingga 25 kilogram tepung bagi menghasilk­an 1,500 hingga 2,000 keping kuih,” sambungnya.

Hendak merasa keenakanny­a? Boleh saja ke pekan Kuala Kubu Bharu pada waktu petang yang tenang dan damai. Ada cakoi biasa, berisi inti pedas ataupun manis yang bakal memenuhi cita rasa anda.

 ??  ?? ALLYNA dan Allysa tetap ceria memenuhi permintaan pelanggan.
ALLYNA pantas membuat cakoi berinti.
ALLYNA dan Allysa tetap ceria memenuhi permintaan pelanggan. ALLYNA pantas membuat cakoi berinti.
 ??  ?? TIGA cakoi enak yang mencuri hati pelanggan terutama di Kuala Kubu Bharu dan Kalumpang.
TIGA cakoi enak yang mencuri hati pelanggan terutama di Kuala Kubu Bharu dan Kalumpang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia