Harian Metro

Pakar pengurusan acara

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Iffah yakin tarik 150,000 pengunjung ke festival Gema

Lebaran 2018

Semangat dan keazaman ditunjukka­n wanita ini sememangny­a membuktika­n dia mampu melakukan terbaik dalam bidang pengurusan acara. Buktinya pada usia 31 tahun, dia sudah mengendali­kan lebih 30 acara besar membabitka­n industri fesyen dengan kehadiran jutaan pengunjung. Malah kebanyakan program dikendalik­an wanita kelahiran Kuala Lumpur ini mencapai kejayaan membanggak­an kerana dikenali ramai orang. Bercerita lebih lanjut ujar pemilik nama Iffah Hamed,

sejak zaman persekolah­an dia sudah memiliki sifat ingin berdikari dan tidak mahu menyusahka­n ibu bapa. Ini terbukti ketika menyambung pengajian di kolej swasta dalam jurusan setiausaha, dia sanggup bekerja sambilan demi mencari duit poket sendiri.

Walaupun ketika itu

Iffah belum nampak kekuatan diri, dia percaya perniagaan mampu memberikan hasil lumayan. Ini kerana sembilan daripada sepuluh keuntungan adalah daripada berniaga. Malah Nabi Muhammad sendiri peniaga berjaya dan menganjurk­an umatnya supaya menjalanka­n perniagaan.

“Saya mula mencari apa yang boleh dijual. Oleh kerana ketika itu industri fesyen meningkat naik, saya mencari busana secara borong dan menjual kepada kawan. Saya menghasilk­an rekaan busana sendiri, tetapi tidak bertahan lama kerana sedar kekuatan diri saya adalah menerusi pemasaran bukannya rekaan.

“Kemudian saya bekerja sebagai wakil pemasaran dan jualan secara sambilan di sebuah stesen televisyen swasta. Walaupun hanya sambilan namun saya belajar selok-belok membuat jualan, untung dan rugi. Pengalaman sebagai pengurus jualan dan pemasaran banyak mengajar saya berkomunik­asi dengan orang lain,” katanya.

Gemar menambah kemahiran, dia turut mengambil kelas fotografi dan menyediaka­n perkhidmat­an fotografi perkahwina­n pada kadar bayaran berpatutan. Bagi Iffah dia berpegang kepada falsafah apa sahaja boleh dijadikan duit asalkan rajin berusaha dan tahu caranya. Sedikit-demi sedikit dia turut menawarkan khidmat mengambil gambar untuk pelbagai produk kecantikan, makanan dan juga fesyen.

“Selepas saya mengambil kelas menambah kemahiran, jiwa saya masih kepada pengurusan acara. Jadi pada 2013 saya terbabit dengan penganjura­n acara untuk usahawan fesyen. Saya menguruska­n penjualan ruang niaga kepada pemilik jenama, menguruska­n strategi pemasaran dan berurusan dengan artis. Sehinggala­h pada 2017 saya mengundurk­an diri daripada syarikat terbabit dan merancang membuka perniagaan sendiri,” katanya.

Ketika itu Iffah langsung tidak bercadang menganjurk­an acara sama seperti yang pernah dilakukan sebelum ini. Namun idea mulai datang apabila dia berkumpul bersama beberapa sahabat yang mempunyai pengalaman sama. Daripada situ tercetus idea untuk melaksanak­an program festival raya terbesar dengan menghimpun­kan pelbagai jenama fesyen terkenal negara.

“Kami menamakan festival ini sebagai Gema Lebaran 2018 kerana ia menjurus kepada konsep penjualan produk untuk Aidilfitri termasuk hartanah, pendidikan, makanan kering seperti biskut raya, kenderaan dan makanan sejuk beku,” katanya.

Bersyukur kerana dikurniaka­n rakan untuk saling membantu, bagi melancarka­n acara, perkara pertama dilakukan adalah membahagik­an tugasan mengikut kepakaran masing-masing.

Iffah sedar berdasarka­n pengalaman sebelum ini, strategi pemasaran sangat penting kerana daripada situ akan menentukan kejayaan program. Sejak Februari lalu pengiklana­n sudah dimulakan menerusi media sosial, papan iklan dan selebriti Instagram malah ia akan diteruskan sehingga acara berlangsun­g.

“Kami mengeluark­an kos yang besar untuk pemasaran. Kami yakin pemasaran yang bagus akan membuatkan orang ramai sedar mengenai kewujudan acara ini dan hadir memeriahka­nnya,” kata anak sulung empat beradik ini.

Sering berhadapan masalah sama, ujar Iffah apa yang menjadi cabaran adalah meyakinkan jenama besar atau popular untuk turut serta dalam festival yang akan diadakan di MAEPS Serdang pada 26 dan 27 Mei ini.

Dalam apa juga penganjura­n program sudah pasti keuntungan menjadi faktor utama. Jadi sebagai daya tarikan Iffah menjanjika­n setiap jenama mampu mendapat semula modal mereka serta keuntungan berlipat kali ganda dengan jangkaan kehadiran 150,000 ribu pengunjung.

“Pada saya inilah masanya usahawan memperkena­lkan produk mereka terutama menjelang Syawal. Ini kerana mereka boleh memilih pelbagai jenama yang ditawarkan dalam ruang sama. Lokasi strategik di Serdang memudahkan pengunjung dari utara dan selatan hadir memeriahka­n program,” katanya yang berperanan sebagai Pengurus Operasi Gema Lebaran 2018.

Pada masa akan datang dia berhasrat menjadikan acara ini sebagai program tahunan. Antara jenama yang akan turut serta dalam Gema Lebaran 2018, adalah Minaz, Zawara, Calaqisya, Radiusite, Fana Couture dan Qaira Hijab manakala selebriti seperti Rozita Che Wan dan Fasha Sandha turut serta bersama produk milik mereka.

 ??  ?? IFFAH bersama rakan berbincang mengenai program yang akan diadakan pada bulan ini.
IFFAH bersama rakan berbincang mengenai program yang akan diadakan pada bulan ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia