Harian Metro

Sebak dalam kerancakan malam

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Lagu Fanatik menjadi lagu ‘selamat tinggal’ buat kumpulan trio adikberadi­k, KRU kepada semua peminat setia mereka sepanjang 25 tahun pembabitan dalam industri muzik.

Lebih sayu apabila Datuk Norman Abdul Halim yang juga Abang Long dalam kumpulan turut dianggotai Yusry dan Edry itu berulang kali menegaskan selepas ini tidak ada lagi kelibat KRU apabila ia sah dibubarkan sejurus tamat Konsert Gergasi 25 KRU di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Walaupun keputusan itu tidak direstui peminat yang membesar dengan lagu mereka, Norman berkata, mereka nekad membubarka­n kumpulan yang ditubuhkan pada 1992 itu.

“Kami tahu ramai kecewa dengan keputusan ini. Bagaimanap­un, KRU tetap dibubarkan. Kami sudah mencapai matlamat dan impian masingmasi­ng.

“KRU sudah menjadi satu jenama, jadi biarlah kami berundur dari bidang nyanyian ini kerana sudah tiba masanya berbuat demikian.

“Ada yang berjumpa dan tak kurang juga menyatakan kesedihan di laman sosial serta mengirimka­n mesej langsung kepada setiap seorang daripada kami,” katanya.

Penonton yang hadir menyaksika­n konsert itu turut disajikan dengan paparan video gambar KRU sejak awal pembabitan hingga sekarang.

Ketika berkongsi perkara itu, Edry dalam nada sebak meluahkan rasa sedih apatah lagi melihatkan sambutan dan sokongan diberikan peminat selama ini.

“Kami terhutang budi kepada semua yang menyokong selama ini terutama ibu bapa, peminat, rakan media dan pihak produksi.

“Bagaimanap­un, biarlah konsert ini menjadi kenangan terindah buat semua. Setiap kali melihat semula gambar lama, terbayang setiap momen pada zaman itu.

“Apa yang pasti, peminat tetap ada bersama dan menjadi sebahagian sejarah kami. Malah, satu perkara perlu diakui peminat adalah inspirasi kami untuk terus kekal bertahan dan berkarya

 ??  ?? DOMINASI KRU selama 25 tahun merancakka­n industri muzik tanah air.
DOMINASI KRU selama 25 tahun merancakka­n industri muzik tanah air.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penonton yang hadir.
SEBAHAGIAN penonton yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia