Harian Metro

SINOPSIS TV

- HBO HD (ASTRO 431), 8.15 MALAM DEEPWATER HORIZON TV3, 6.30 PETANG SUAMIKU MAT PIUN EPISOD 16 TV3, 7 MALAM CINTA FATAMORGAN­A EPISOD 17 ASTRO RIA (103), 1 TENGAH HARI MINAH GANGSTER

Pada 20 April 2010, pelantar minyak dikenali sebagai Deepwater Horizon yang diuruskan kontraktor swasta, Transocean memulakan penggalian di laut selatan Louisiana, mewakili syarikat BP.

Ketua Teknikal Elektronik Michael ‘Mike’ Williams dan Pengurus Pemasangan James ‘Mr Jimmy’ Harrel terkejut dengan proses yang dilakukan.

Transocean mengarahka­n pekerja mereka mengepam simen ke dalam lubang yang sudah digali tanpa memeriksa jumlah tekanan.

Pada awalnya, proses mengepam untuk menaikkan hasil galian itu berjalan lancar, namun beberapa ketika kemudian, masalah mula timbul.

Dari situ, berlaku insiden yang meninggalk­an sejarah dalam dunia galian minyak dunia. Itu juga memberikan impak kepada alam sekitar terutama laut yang dicemari dengan petroleum.

Dapatkah semua pekerja yang berada di pelantar menyelamat­kan keadaan dan nyawa mereka?

PELAKON: Mark Wahlberg, Kurt Russell & John Malkovich Ketika Poji mengeluh mengenai nasib keluargany­a, tiba-tiba sehelai kertas terbang dan jatuh ke mukanya. Rupa-rupanya ia iklan pencarian bakat pelakon kanakkanak.

PELAKON: Along Cham, Mark Adam & Mimi Lana Huzair menunggu keputusan Rifqi. Tuan Derama pula diserang sakit jantung selepas mendengar permintaan Huzair.

PELAKON: Aeril Zafrel, Azira Syafinaz & Syazuwan Hassan Zaninah gangster kampung yang digeruni namun berubah menjadi gadis yang baik selepas jatuh cinta. Namun, dia perlu bersaing dengan Alina yang juga mencintai jejaka sama.

PELAKON: Sara Ali, Zara Zya & Ryzal Jaafar

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia