Harian Metro

Ada sikap cemburu, bila ditanya nafi bercinta

-

Jika diukur dari segi populariti, pelakon lelaki ini masih ketinggala­n berbanding kebanyakan hero lain. Namun, disebabkan dia suka ‘mengekor’ artis popular lain, namanya cepat dikenali.

Terbaru, pelakon lelaki ini dikatakan sedang intim dengan pelakon wanita yang cukup popular. Pendek kata ke mana saja pergi mesti ada bersama.

Kata rakan SS, pelakon lelaki itu juga berani ke lokasi penggambar­an pelakon wanita itu. Mungkin niatnya untuk melawat tetapi perkara itu sudah menimbulka­n rasa kurang senang segelintir pihak.

Pelakon lelaki itu dikatakan kuat cemburu. Dia tidak boleh tengok pelakon wanita terbabit berlakon dengan hero lain. Pelik juga, kenapa perlu cemburu? Ada apaapa hubungan ke? Sebab sebelum ini jika ditanya cepat saja dia menafikan.

Kata rakan SS lagi, pelakon lelaki itu juga sudah berani membuat permintaan dengan syarikat produksi untuk menggandin­gkannya dengan pelakon wanita itu saja. Agak parah juga sikap pelakon lelaki itu.

Walaupun gambar atau kelibat mereka berdua jarang dikongsi di laman sosial, beberapa pihak yang rapat dengan pelakon wanita itu mulai bercerita. Masing-masing pun naik rimas dengan sikap pelakon lelaki itu.

Bukan apa, bimbang nanti disebabkan sikap pelakon lelaki itu, orang sekeliling akan membenci pelakon wanita terbabit yang memang dikenali dengan sikap ramah terhadap semua orang.

SS: Kalau rasa suka dan nak kahwin, masuklah meminang. Jangan tunggu lamalama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia