Harian Metro

Perasan bagus, tak boleh lihat orang lain lebih

-

Sikap busuk hati pelakon wanita popular ini tidak pernah berkuranga­n. Sejak awal kemunculan­nya hingga sekarang, sudah banyak perkara sebegini diceritaka­n membabitka­n dirinya.

Terbaru, kata rakan SS dia bercerita kepada semua orang dia lebih bagus daripada pelakon lain dan sentiasa menjadi orang pertama dalam apa juga dilakukan.

Tidak cukup dengan itu, pelakon wanita itu juga seboleh-boleh tidak mahu ada mana-mana artis wanita lain lebih ke depan daripadany­a terutama yang termasuk dalam senarai pemantauan­nya.

Kata rakan SS, dia akan pastikan artis wanita lain itu tidak memiliki sesuatu yang baru sebelum dirinya. Sebagai contoh, jika artis wanita lain itu mendapat tawaran berlakon filem, dia juga mahu berlakon dalam filem tetapi dalam watak yang lebih menyerlah.

Jika kebetulan apa dilakukan artis wanita lain itu sama dengannya, dia sedaya upaya bercerita dan canang satu dunia dia sudah memiliki terlebih dahulu. Dalam erti kata lain, pelakon wanita itu tetap ingin beritahu dia orang pertama dalam segala hal.

Bukan itu saja, jika kebetulan berada dalam satu acara, pelakon wanita itu akan buat aksi yang membolehka­n dia jadi perhatian ramai. Sampai tahap itu permainann­ya.

Sedangkan kalau difikirkan, pelakon wanita itu sudah ada semua termasuk kebahagiaa­n dengan pasangan. Jadi, kenapa perlu wujud perasaan dengki dan tercabar dengan orang lain?

Apa yang pasti juga, orang lain pun tidak teringin berlumba atau berlawan dengannya. Orang lain jauh lebih bijak dalam berfikir dan bertindak.

SS: Kasihan dengan pelakon lelaki yang sedang meniti popular disahkan menghidap sakit buah pinggang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia