Harian Metro

Tiada lagi bau busuk...

-

 Projek insinerato­r bakal akhiri mimpi ngeri penghuni Taman Beringin

insinerato­r ini memberi manfaat untuk semua penduduk, kami terima dengan hati terbuka. Kami sudah jelas bahawa teknologi ini lebih mesra alam dan secara tak langsung memberi peluang pekerjaan kepada anak muda pada masa depan,” katanya.

Bulan lalu, sebuah kumpulan aktivis Kuala Lumpur Tak Nak Insinerato­r (KTI) mendakwa mereka mewakili penduduk setempat bagi membantah projek pembanguna­n insinerato­r.

Bagi Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 Jinjang Utara, Othman Bashah Abd Rashid, 70, penduduk sudah memahami keadaan sebenar selepas mendapat penjelasan daripada Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak lebih lima tahun lalu mengenai rancangan membangunk­an projek itu.

“Ingin kami tegaskan sebenarnya tidak timbul langsung isu penduduk membantah projek yang akan dibangunka­n kerana ia adalah jawapan penyelesai­an kepada masalah yang kami hadapi selama ini, jadi kami tidak sependapat langsung dengan KTI yang membangkit­kan bantahan projek ini.

“KTI bukan wakil penduduk, malah kami tidak mengenali siapa mereka, jadi tidak sepatutnya mereka lantang bersuara kerana sebelum ini memang kami sendiri sudah pun menyuaraka­n isu masalah pelupusan sampah ini kepada pihak berwajib,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepong, Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pada 2014 beliau bersama beberapa pihak termasuk wakil rakyat dan KTI berpuas hati selepas dibawa melihat sendiri keberkesan­an teknologi insinerato­r yang beroperasi di empat lokasi tapak pelupusan sampah di Jepun.

“Kami mendapati gambaran teknologi baru itu menjadi penyelesai kepada masalah pelupusan sampah kepada lebih efisien dan mesra alam berbanding kaedah konvension­al (teknik perah dan kambus) sepertiman­a yang masih digunakan di negara kita.

“Di Jepun, penggunaan teknologi ini tidak menimbulka­n sebarang isu atau memberi kesan negatif kepada penduduk sekitar biarpun tapak projek insinerato­r itu berada dalam lingkungan hanya 50 meter dari kawasan kediaman mereka.

“Ini kerana apa yang menariknya hasil daripada kaedah pembakaran menggunaka­n teknologi itu, ia dapat menghasilk­an tenaga boleh ubah (elektrik) yang akhirnya disumbangk­an semula untuk kegunaan komuniti seperti rumah orang tua, kolam renang awam, taman permainan kanak-kanak dan pusat komuniti,” katanya.

 ??  ?? PROJEK insinerato­r yang dicadangka­n di tapak pemindahan sementara sampah, Bukit Beringin.
PROJEK insinerato­r yang dicadangka­n di tapak pemindahan sementara sampah, Bukit Beringin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia