Harian Metro

Menyamar polis samun warga asing

-

Serdang: Berlakon sebagai anggota polis bertujuan menggertak warga asing sebelum menyamun mangsa yang menetap di rumah kongsi.

Itu kegiatan jenayah dilakukan tiga lelaki yang diberkas polis selepas menyamun sekumpulan lelaki warga Bangladesh di sekitar daerah ini, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, enam pekerja pembinaan berusia 20 hingga 30-an dirompak suspek ketika berada di rumah kongsi mereka di Jalan Persiaran Damai Utama 1, Damai Utama, Puchong, di sini.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, suspek ‘menyerbu’ masuk rumah kongsi itu sebelum memperkena­lkan diri sebagai anggota polis.

“Suspek masing-masing membawa parang, sabit dan kayu hoki kemudian menyelongk­ar bilik mangsa untuk mencari barangan berharga.

“Suspek kemudian merampas wang tunai berjumlah RM1,420, pasport dan lima telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri dengan menunggang tiga motosikal,” katanya.

Ismadi berkata, hasil soal siasat terhadap mangsa, pihaknya mengesan lokasi suspek berada sebelum serbuan berasingan dilakukan di sekitar daerah ini jam 4 pagi hari sama.

“Dalam serbuan itu, kami turut menemui semula telefon bimbit milik mangsa pada ketiga-tiga suspek berkenaan yang berusia 30-an.

“Semua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpula­n menggunaka­n senjata serta menyamar sebagai polis,” katanya.

 ??  ?? ISMADI
ISMADI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia