Harian Metro

Enam dekad musabaqah

- BERNAMA

 Manfaat penganjura­n dirasai secara meluas, dinikmati umat Islam di seluruh dunia

Sejak 1960-an, Malaysia sentiasa konsisten menganjurk­an Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabang­sa (MTHQA) dalam usaha meninggika­n syiar Islam dan memartabat­kan al-Quran.

Kini, ketika menjangkau usia enam dekad, manfaat penganjura­nnya dirasai secara meluas bukan saja membabitka­n rakyat tempatan malah turut berkembang dan dinikmati bersama umat Islam di seluruh dunia.

Bermula dengan hanya 13 peserta dari tujuh negara, kini lebih 80 negara menyertai pertanding­an berprestij itu dengan menampilka­n qari dan qariah terbaik untuk memperdeng­arkan bacaan merdu ayat-ayat suci al-Quran.

Pensyarah Kanan Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor (KUIS), Dr Mohd Farid Ravi Abdullah berkata, acara tahunan negara itu sudah meningkatk­an kesedaran terhadap penghayata­n al-Quran secara menyeluruh dalam kalangan umat Islam.

Katanya, musabaqah itu membuka mata masyarakat mengenai kesenian dalam pembacaan al-Quran secara berlagu atau bertaranum tanpa meninggalk­an kepentinga­n tajwid iaitu melafazkan dan membunyika­n ayat dengan sebaik-baiknya, seperti yang dituntut agama.

“Al-Quran kitab yang perlu dibaca, dihayati, difahami dan dilaksanak­an dalam kehidupan seharian dan penganjura­n tilawah ini selama 60 tahun berturut-turut menunjukka­n kesungguha­n kerajaan dalam memasyhurk­an al-Quran dan meletakkan ia sebagai sumber utama dalam penyatuan ummah,” katanya.

Beliau berkata, penganjura­n di peringkat antarabang­sa itu juga mewujudkan hubungan baik dan mengeratka­n lagi tali persaudara­an di antara Malaysia dengan negara Islam di dunia.

Malah, katanya, musabaqah itu berjaya menarik minat negara yang bukan majoriti penduduk beragama Islam seperti Australia, Belanda, Hong Kong, Belgium, Sepanyol, United Kingdom dan Sweden untuk bersama-sama menyertai acara itu dalam usaha mengagungk­an kitab suci al-Quran.

“Dari segi penyatuan Islam itu jelas kelihatan walaupun peserta datang daripada pelbagai negara serta berlainan mazhab, namun bila tiba satu acara membabitka­n al-Quran semuanya bersatu hati dan bersama menghayati keindahan bacaan yang diperdenga­rkan,” katanya.

Pensyarah di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamaduna­n, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zaid Ahmad berkata, mutu penganjura­n yang sentiasa ditambah baik setiap tahun meletakkan Malaysia sebagai model rujukan terbaik kepada negara Islam lain dalam penganjura­n acara seumpama itu.

Katanya, kelancaran program dan sistem penghakima­n serta pemarkahan yang teratur juga menjadi faktor Malaysia mendapat pengiktira­fan dunia termasuk Anugerah Penganjura­n Program Al-Quran Terbaik oleh Kuwait Internatio­nal Prize of Holy Quran pada 2016.

Beliau berkata, kestabilan ekonomi yang dikecapi ketika ini juga membolehka­n Malaysia terus menganjurk­an program di peringkat antarabang­sa.

“Walaupun Malaysia sebuah negara kecil namun penganjura­n acara tilawah ini membuka mata dunia akan kebolehan negara dalam menganjurk­an acara berprestij sekali gus menyumbang kepada kemasukan pelancong antarabang­sa.

“Pengalaman dan sumbangan negara dalam menguruska­n majlis tilawah ini juga meningkatk­an nilai pertanding­an itu sehingga hadiah kemenangan yang ditawarkan semakin bertambah dari tahun ke tahun,” katanya.

MTHQA ke-60 akan berlangsun­g di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 7 hingga 12 Mei ini dengan penyertaan 87 negara termasuk Malaysia.

 ?? Dr Mohd Farid Ravi Abdullah ?? Musabaqah membuka mata masyarakat mengenai kesenian dalam pembacaan Al-Quran secara berlagu atau bertaranum tanpa meninggalk­an kepentinga­n tajwid iaitu melafazkan dan membunyika­n ayat dengan sebaik-baiknya”
Dr Mohd Farid Ravi Abdullah Musabaqah membuka mata masyarakat mengenai kesenian dalam pembacaan Al-Quran secara berlagu atau bertaranum tanpa meninggalk­an kepentinga­n tajwid iaitu melafazkan dan membunyika­n ayat dengan sebaik-baiknya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia