Harian Metro

‘Langkah saya sertai AIM ternyata keputusan tepat’

-

Kota Bharu: “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.” Itulah kata-kata azimat yang menjadi pegangan kukuh usahawan wanita Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) negeri ini yang kini mampu tersenyum dengan kejayaan masing-masing.

Pengusaha muruku, Oniey Sofia Aziz, 49, berkata, penyertaan­nya sebagai sahabat AIM lapan tahun lalu menjadi titik mula kepada kejayaan diraihnya ketika ini.

Katanya, daripada seorang suri rumah beliau kini bergelar usahawan berjaya apabila produknya memasuki beberapa pasar raya seperti Aeon Mall Kelantan dan sekitar Lembah Klang.

“Sebelum mengusahak­an produk makanan ini, macam-macam usaha saya lakukan dengan hasrat membantu suami. Langkah saya menyertai AIM ternyata satu keputusan yang tepat apabila kami kini mempunyai sumber pendapatan yang sangat memberangs­angkan,” katanya ketika ditemui di bengkel penghasila­n murukunya di Panji, semalam.

Ibu kepada empat anak itu yang sebelum ini menghasilk­an muruku secara manual di rumahnya, kini memiliki lapan pekerja di sebuah bengkel dengan pengeluara­n kira-kira 800 kilogram muruku sebulan dan menjana pendapatan ribuan ringgit.

“Suasana ekonomi yang tidak menentu bukan alasan untuk kita tidak berjaya apatah lagi banyak skim bantuan disediakan kerajaan. Cabaran semasa perlu dilihat sebagai dorongan untuk kita bersaing secara positif,” katanya.

Katanya, skim pembiayaan AIM adalah strategi kerajaan paling efektif untuk membantu golongan wanita keluar daripada kekangan kewangan sekali gus menjana pendapatan lebih lumayan.

Sementara itu, Pengurus AIM Wilayah Kelantan Utara Ahmad Jusoh berkata, kerajaan memperuntu­kkan RM285 juta bagi pembiayaan pinjaman tujuh cawangan utama di kawasan Kelantan utara membabitka­n peserta wanita seramai 22,500 orang. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia