Harian Metro

Rezeki Agoh balik kampung

-

Maran: Bermain dengan lembu dan kambing setiap hari, bukanlah satu aktiviti yang menjadi menjadi impian dan cita-cita generasi muda.

Namun, ini yang dilakukan Mohd Azril Firdaus Yazid, 35, anak peneroka FELDA Jengka 11 yang sejak empat tahun lalu memulakan kariernya dalam sektor penternaka­n haiwan itu.

Biarpun ia bukan satu karier yang glamor, tapi baginya ini satu peluang pendapatan yang lumayan dan harus dicuba, terutama bagi anak-anak muda di FELDA dan kawasan kampung tradisiona­l yang lain.

Seperti anak muda yang lain, Mohd Azril yang lebih selesa dipanggil nama gelarannya Agoh, pernah berhijrah ke Kuala Lumpur, dan bekerja selama setahun di kilang berbeza.

“Biasalah, ikut kawan-kawan, tapi adik beradik saya lain suruh saya balik ke kampung, jaga emak dan ayah yang kini arwah, masa balik ke kampung itu pening juga, sebab tak tahu nak buat kerja apa, tapi, Alhamdulil­lah, ada hikmahnya,” katanya kepada BERNAMA di sini ba- ru-baru ini.

Agoh memulakan kariernya dengan hanya menternak sekitar empat ekor lembu. Kini, dengan kerjasama beberapa rakannya yang bergerak sebagai satu kumpulan, mereka memiliki 140 lembu dan 50 kambing dalam jagaan.

Semuanya diternak di sebahagian tanah peninggala­n arwah bapanya juga peneroka Felda Jengka 11.

“Saya tak ada latihan formal, saya belajar menjaga lembu ini daripada arwah ayah saya sendiri, beliau pun dulu ada bela lembu,” kata anak bongsu daripada enam adik-beradik itu.

Beliau berkata, haiwan ternakan itu kemudiaan dijual kepada penduduk setempat selain ‘dieksport’ ke beberapa negeri di luar Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia