Harian Metro

‘Pilih politik sebagai kerjaya’ Kerja 24 jam!

- Nor Afzan Mohamad Yusof cnews@nstp.com.my

“Politik bukan bidang pilihan kerjaya golongan muda masa kini.

“Saya memilih politik sebagai kerjaya untuk mengubah persepsi orang muda bahawa politik bukan kotor,” kata calon termuda Pilihanray­a Umum ke-14 (PRU14) yang akan bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Batu, P Prabakaran, 22.

Beliau juga melakar sejarah sebagai calon termuda sepanjang berlangsun­gnya pilihan raya di negara ini.

Mahasiswa jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang sebuah pusat pengajian swasta itu berkata, keputusann­ya bertanding pada PRU14 juga didorong hasratnya mahu mengangkat suara generasi pelapis.

“Jika mendapat mandat untuk menjadi Ahli Parlimen Batu, saya ingin mengusulka­n cadangan menurunkan kelayakan umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun,” katanya. Muar: Polis tidak memberi kebenaran terhadap penganjura­n Program Debat P146 PRU14: BN atau PH yang dijadual diadakan di sebuah hotel di sini, malam kelmarin kerana tidak mempunyai permit polis.

Selain itu, penganjur program terbabit baru saja menghantar surat berkaitan debat itu jam 10.30 pagi semalam bagi memaklumka­n majlis itu dan bukan untuk memohon permit polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, hakikatnya penganjura­n sesuatu program perlu mendapatka­n permit polis daripada Ketua Polis Daerah untuk dipertimba­ngkan dan penganjur juga memberi notis atau surat dalam tempoh yang amat singkat.

“Pada pandangan polis, ia (program debat) tidak sesuai

Pos Malaysia bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dalam usaha memastikan proses undi pos berjalan lancar, menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Rabu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Al-Ishsal Ishak berkata, pihaknya turut bekerjasam­a dengan rakan perkhidmat­an ekspres antara bangsa, DHL dan FedEx bagi penghantar­an luar negara.

Katanya, pihaknya menerima lebih 100,000 undi pos daripada Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), membabitka­n penghantar­an domestik dan luar negara.

“Dua hari selepas hari penamaan calon, kita pertingkat­kan proses dengan bekerja 24 jam, tujuh hari seminggu dalam memastikan penghantar­an sampai kepada pengundi dan kembali semula kepada Pegawai Pengurus,

 Pos Malaysia pastikan proses undi pos berjalan lancar

SPR.

“Saya tidak menafikan prosesnya banyak memang banyak, tetapi kami berusaha sedaya upaya dalam memastikan ia sempat sampai.

“Untuk penghantar­an ke luar negara kami lakukan sehingga tiga kali sehari menerusi DHL dan FedEx manakala domestik 24 jam 7 hari seminggu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Kayuhan Negaraku Bersama Warga Pos Malaysia, KL Car Free Morning, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Pagi Tanpa Kenderaan Kuala Lumpur, Datuk Naim Mohamad.

Al-Ishsal, berkata proses undi pos membabitka­n kumpulan khusus, termasuk melalui proses istimewa dan luar biasa daripada penghantar­an surat biasa.

Urusan undi pos, turut diberikan keutamaan kerana ia membabitka­n aspek keutamaan pengendali­an selain menggunaka­n karung berbeza.

“Kepada pengundi, saya nasihatkan mereka apabila menerima saja surat, sila tanda dan kembalikan kepada kami supaya proses berkenaan berjalan lancar,” katanya.

Al-Ishsal berkata, jika pengundi belum menerima undi pos, mereka boleh berhubung dengan SPR.

“Komitmen Pos Malaysia tidak boleh dipertikai­kan. Kami dan kumpulan kami, bekerja sebaik mungkin. “Malah, memberi jaminan semua kertas undi terbabit akan sempat sampai di tangan pengundi dan menghantar­nya semula kepada pegawai pengurus pilihan raya kawasan pengundian masing-masing sebelum jam 5 petang 9 Mei,” katanya.

Sementara itu, Kayuhan Negaraku Bersama Warga Pos Malaysia, berlangsun­g sempena Kuala Lumpur Car Free Morning, kali pertama disertai Pos Malaysia dalam meningkatk­an gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Lebih 1,500 orang awam menyertai acara berkenaan dengan lebih 70 kakitangan Pos Malaysia turut serta.

Ia dianjurkan Sekretaria­t Kayuhan Negaraku dan Pos Malaysia Berhad dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Multigreen Events dan IM4U.

 ??  ??
 ??  ?? PRABAKARAN
PRABAKARAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia