Harian Metro

Polis larang adakan program debat tiada permit

-

dan kita tidak akan membenarka­n. Jadi, untuk memelihara­a ketenteram­an awam kita tidak akan membenarka­nnya. Ini berdasarka­n peruntukan Seksyen 24 B para nombor 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

“Hakikatnya, setakat ini pihak polis menggalakk­an mereka (parti politik) berkempen dan tiada halangan tetapi tata cara pelaksanaa­n sesuatu program itu mesti ikut lunas undang-undang. Soal ketenteram­an awam, kita (polis) yang akan buat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program High Profile Policing (HPP) yang dirasmikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, di Dewan Serbaguna Pekan Pagoh di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Kamaruddin Md Din, Ketua JSJ Johor Senior Asisten Komisioner Kamaludin Kasim dan Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Zaharudin Rasip.

Mohd Khalil berkata, keputusan ini juga bukan berkaitan soal keselamata­n saja tetapi pelbagai perkara lain yang perlu diberi perhatian oleh polis.

“Sekarang isunya ialah perkataan debat. Debat ini akan tunjuk dua pihak akan datang (BN dan PH). Jadi sekarang calon mungkin tidak ada masalah dari segi emosi (tapi tiada jaminan daripada penyokong).

“Polis juga perlu buat persediaan bukan saja dari segi tenaga manusia tetapi nak lihat tempat itu (lokasi debat) sesuai atau tidak dan juga ini bukan isu keselamata­n saja, lalu lintas dan juga isu orang lain yang tidak terbabit dengan debat perlu diambil kira,” katanya.

 ??  ?? WAN Ahmad Najmuddin (tiga dari kiri) bersama Mohd Khalil (dua dari kiri) selepas merasmikan Program HPP.
WAN Ahmad Najmuddin (tiga dari kiri) bersama Mohd Khalil (dua dari kiri) selepas merasmikan Program HPP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia