Harian Metro

Teruja buang undi

- Rosliza Mohamed cnews@nstp.com.my

 Tiga beradik OKU harap dapat tunai tanggungja­wab

Tiga beradik orang kurang upaya (OKU) di Pengkalan Chepa di sini, teruja untuk mengundi buat kali pertama bagi menunaikan tanggungja­wab mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu ini.

Tiga beradik OKU itu ialah Nurul Hayat Mohamad, 34, Nur Hafizuddin, 28, dan Nur Hakimie, 25, mengalami masalah ‘Duchenne Muscular Dystrophy’ (DMD) atau gangguan genetik yang menyebabka­n berlaku kemerosota­n otot progresif.

Nur Hakimie yang juga anak ketiga daripada lapan beradik, berkata dia kali pertama mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor dan Parlimen Pengkalan Chepa, bersama abangnya Nur Hafizuddin, manakala abang sulungnya, Nurul Hayat sudah mengundi kali pertama pada 2004.

“Pada hari pengundian nanti, seboleh-bolehnya ada pihak yang sudi membawa saya dan dua abang menunaikan tanggungja­wab pada hari itu ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kemumin, Pengkalan Chepa.

“Saya mahu keluar mengundi lebih awal untuk keselesaan kerana keadaan saya yang tidak boleh berjalan terlalu banyak atau berdiri terlalu lama.

“Pergerakan saya juga terbatas dan tidak seperti insan lain kerana tidak mampu berjalan dengan sempurna membabitka­n bahagian pinggang ke kaki akibat menghidap penyakit itu ketika berusia 20 tahun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Padang Golf, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Sementara itu, Nurul Hayat berkata, dia pernah mengundi pada PRU11 2004, namun pada 2008 dan 2013 tidak dapat mengundi kerana keadaan kesihatan dan fizikal semakin lemah, tetapi tetap bersemanga­t keluar mengundi pada kali ini.

“Insya-Allah saya akan menunaikan tanggungja­wab itu sekiranya keadaan mengizinka­n,” katanya.

Sementara itu, ibu mereka, Safinah Ismail, 54, berkata ketiga-tiga anaknya mula menghidap penyakit itu ketika dewasa dan tidak pula menyangka keadaannya sedemikian, walaupun dilahirkan dalam keadaan normal dan fizikal yang baik.

Katanya, keadaan Nurul Hayat tidak boleh lagi berjalan dengan sempurna kerana ototnya semakin lemah, tetapi Nur Hafizuddin dan Nur Hakimie tidak ketara sangat dan masih boleh berjalan seperti insan lain, walaupun ada kekurangan­nya.

“Walaupun mereka golongan OKU, Nur Hafizuddin dan Nur Hakimie tetap membantu keluarga mencari rezeki dengan mengusahak­an kedai kopi yang jaraknya kira-kira 100 meter dari rumah.

“Apapun saya bersyukur kerana mereka boleh membantu keluarga, selain memperoleh bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 bagi kategori OKU bekerja, manakala Nurul Hayat hanya RM250 kerana tidak bekerja,” katanya.

 ??  ?? TIGA beradik OKU teruja untuk mengundi buat kali pertama menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.
TIGA beradik OKU teruja untuk mengundi buat kali pertama menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia