Harian Metro

Tiket percuma galak keriangan

 Taman tema MAPS anjur promosi sempena Hari Ibu pada 12 dan 13 Mei ini

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

Movie Animation Park Studios (MAPS) menawarkan tiket masuk percuma kepada golongan ibu yang melawat taman tema itu ditemani anak masing-masing sempena sambutan Hari Ibu.

Taman tema itu dalam kenyataann­ya berkata, sebagai pengendali taman tema yang menawarkan keseronoka­n dan keterujaan kepada orang ramai, sambutan Hari Ibu adalah masa yang tepat untuk saat berkenaan.

“Tawaran eksklusif ini sah hanya pada 12 dan 13 Mei ini serta kami menawarkan tiket masuk dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Bagi menjadikan sambutan Hari Ibu lebih bermakna, MAPS membawakan persembaha­n selebriti terkemuka seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Siti Nordiana dan Khalifah Band,” katanya.

Selain permainan dan persembaha­n di taman tema itu, aktiviti poket turut diatur bagi menjayakan sambutan hari berkenaan.

Antaranya persembaha­n fesyen ibu, pencarian harta karun keluarga, kuiz kenali ibu anda, pertanding­an foto dan video serta pertanding­an mewarna.

Tiket taman tema MAPS dijual pada harga RM50 bagi kanak-kanak dan warga emas dan RM60 dewasa.

Bagi tiket sesi petang, ia berharga RM35 untuk kanak-kanak dan warga emas serta RM60 dewasa.

Orang ramai yang ingin mendapatka­n maklumat lanjut mengenai kempen ini, boleh layari laman web MAPS di www.mapsperak.com atau ikuti MAPS di facebook.com/mapsperak.

 ??  ?? TAMAN tema MAPS tawar keseronoka­n dan keterujaan kepada orang ramai sempena Hari Ibu.
TAMAN tema MAPS tawar keseronoka­n dan keterujaan kepada orang ramai sempena Hari Ibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia